APA DIA
BANGSAR SOUTH
Minggu lalu saya telah menulis tentang perubahan nama Tanah Melayu menjadi Malaya kemudian menjadi Malaysia. Semua ini berlaku ketika saya telah masuk sekolah pada tahun 1957.
Ini bermakna ketika dalam sekolah rendah saya berupaya melihat apa yang sedang berlaku. Hingga ke sekolah menengah saya hanya melihat dan mendengar tapi tidak memahami tanda dan makna dari apa yang sedang saya lihat.
Kesedaran tentang ada apa pada nama ini muncul dalam fikrah saya lambat. Analisis tanda dan makna dari kesedaran ini juga datang melalui pembacaan dan pengalaman.
Saya melihat bagaimana negara-negara di Afrika mengubah nama negara mereka dari menggunakan nama kolonial kepada nama asal tanah air mereka. Penukaran nama-nama ini dibakar oleh semangat nasionalisma menentang penjajah. Amin.
Tapi apa yang berlaku di Tanah Melayu semuanya songsang. Tanpa rujukan, tanpa pungutan suara , tanpa mengambil pandangan dari orang ramai tertiba nama Tanah Melayu – nama asal bumi ini - di ubah menjadi Malaya kemudian Malaysia.
Dalam bahasa Inggeris Malayland diubah jadi Malaysia. Kenapa ini berlaku ?
Perkataan Tanah yang wujud sebelum perkataan Melayu ini hilang begitu saja. Perkataan Melayu pada Tanah telah di lupuskan.
Untuk saya melupuskan nama Tanah Melayu dari nama negara ini adalah satu jenayah. Pada hemat saya ini adalah salah satu jenayah besar yang telah dilakukan oleh parti United Malays National Organisation terhadap Bani Melayu.
Saya masih ingat lagi pada tahun 1987 Intifada Pertama meledak di Palestin. Ketika ini saya bekerja sebagai pembaca warta berita Bahagian Melayu untuk stesen radio BBC di London.
Pada ketika itu saya amati dengan halus lagi licik BBC telah memunculkan nama Judea dan Samaria dalam laporan berita mengenai Palestin.
Nama Judea dan Samaria ini dimunculkan untuk menggantikan nama Tebing Barat. Wilayah Tebing Barat Palestin ini telah ditakluki oleh Israel dalam peperangan tahun 1967. Wilayah Tebing Barat merujuk kepada wilayah tebing Sungai Jordan.
BBC sengaja mempopularkan nama Judea dan Samaria ini kepada seluruh dunia. Ini bukan sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Dasar perubahan nama ini sudah terang lagi bersuluh. Amat jelas adanya niat jahat. BBC bersekongkol dengan Zionis untuk memadamkan sejarah Tebing Barat Palestin.
Justeru ada apa pada nama bukan satu perkara yang kecik anak. Ada niat dan ada agenda di belakang pertukaran nama ini. Amin.
Ketika nama Tanah Melayu diubah menjadi Malaya kemudian Malaysia para pemikir dan intelektual Melayu tidak wujud. Melayu yang bersekolah dan berpelajaran hanya berupaya untuk menjadi pegawai kerajaan - Malayan Civil Service (MCS). Pegawai MCS - adalah sosok-sosok yang dididik dan di taja oleh kolonial Inggeris.
Mereka menjadi budak suruhan Inggeris yang setia. Jika tidak setia mereka akan di buang kerja.
Jika mereka memiliki kesedaran semangat kebangsaan mereka akan diburu, di tangkap dimasukkan ke dalam penjara.
Malah parti politik yang ditaja dan dipercayai oleh kuasa kolonial Inggeris ialah United Malays National Organisation. Saya ulangi sekali lagi nama parti ini ialah United Malays National Organisation.
Nama Inggeris parti ini yang dipakai hingga ke hari ini adalah bukti sahih tentang ke mana arah kiblat parti ini. Parti ini penyebab utama dan bertanggung jawab memandulkan jati diri Bani Melayu.
Parti yang klim berjuang untuk Melayu dan mengajukan dasar Ketuanan Melayu ini masih menggunakan nama Inggeris. Ini bukan lawak. Ini bahan bukti satu jenayah.
Justeru ada apa pada nama bukan perkara yang kecik anak. Bukan perkara enteng. Amin
Mari kita lihat satu babak sejarah penukaran nama. Dari nama asli ke nama baru. Untuk ini mari kita buka sejarah apa yang hari ini kita kenali sebagai Taiping.
Ramai tidak sedar bahawa nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Manakala pauh ialah buah dari keluarga mangga.
Lombong bijih timah banyak di Klian Pauh. Ini menjemput banyak buruh dari China datang mencari bijih. Bani China ini datang untuk menjadi buruh lombong dibawa oleh Inggeris. Bani China ini membawa kumpulan samseng bawah tanah – Ghee Hin dan Hai San ke Tanah Melayu.
Dua kumpulan samseng ini bergaduh. Perang Larut pecah pada tahun 1861. Dua kumpulan ini terlibat. Ini mengganggu pengeluaran bijih. Bijih ini adalah bahan yang diperlukan oleh penjajah Inggeris.
Penjajah Inggeris membuat Perjanjian Pangkor 1874 dan membawa ke penamatan Perang Larut. Ketika ini Klian Pauh berubah nama menjadi Taiping. Perkataan Taiping bermakna aman. Nama Klian Pauh menjadi Taiping untuk mengingati perjanjian damai Ghee Hin dan Hai San.
Perjanjian dan pertukaran nama Klian Pauh ke Taiping ini di bawah mata Ngah Ibrahim anak Long Jaafar dan Kapten Speedy Penolong Residen J.W.W Birch.
Lihat bagaimana nama Klian Pauh bertukar menjadi Taiping. Ada persetujuan Ngah Ibrahim wakil anak jati setempat. Manakala ada Kapten Speedy menjadi wakil Residen Inggeris. Ada Chung Keng Quee diangkat menjadi Kapitan China.
Tidak ada istiadat atau persetujuan Bani Melayu – warga asal – ketika kampung Haji Abdullah Hukum dirembat untuk dijadikan Mid Valley.
Babak yang sama juga berlaku kepada Kampung Pantai Dalam. Bila wilayah kampung ini dirembat oleh pemaju. Nama Pantai Dalam beralih menjadi Bangsar South.
Batu nisan Kampung Pantai Dalam dipasang dengan lucah di tepi Lebuh Raya Persekutuan. Tembok batu Bangsar South adalah tanda terkuburnya Pantai Dalam.
Besar kemungkinan pemaju ini dari syarikat Bani China yang bebal sejarah tempatan. Tidak tahu siapa asal usul peneroka tanah itu. Tidak kenal siapa Abdullah Hukum dan tidak tahu kenapa namanya Pantai Dalam dan di mana Pantai Luar.
Saya terfikir - sebebal mana pun pemaju China ini pasti mereka tahu ini adalah wilayah Bani Melayu. Mustahil mereka tidak pernah mendengar nama Kampung Pantai Dalam.
Pada hemat saya pasti ada Bani Melayu yang membelot dan menjual jati diri bani mereka kepada pemaju.
Anggapan saya tidak jauh dari kebenaran jika saya katakan pembelotan ini dilakukan oleh United Malays National Organisation yang bersekongkol dengan pemaju China untuk memadamkan sejarah Pantai Dalam.
Hakikatnya menukar nama mukim, daerah atau kariah seperti ini perbuatan jenayah. Ini tidak ada bezanya dari apa yang telah dilakukan oleh Zionis Israel bila menukar nama Tebing Barat menjadi Judea dan Samaria.
Ada niat jahat untuk menghilang pertalian bumi itu dengan penduduk asal bumi itu.
Saya mempertikaikan nama Bangsar South bukan kerana saya Melayu. Saya bersuara lantang bukan kerana semangat kemelayuan saya yang tebal. Tidak. Ini tidak betul.
Saya menentang pengelupusan nama Pantai Dalam dan nama Abdullah Hukum.
Saya tidak mempertikaikan nama Bangsar. Saya anggap ini nama yang tepat. Saya tahu sejarah dan asal usul nama ini. Ini singkatan dari nama ladang getah Bunge-Grisar. Nama warga dari Belgium yang meneroka hutan untuk dijadikan ladang getah pada tahun 1906.
Malah saya sendiri sempat melihat rumah tinggal Tuan Manager ladang getah Bunge-Grisar ini pada tahu 1972. Ini ketika saya menjadi warga Kolej Ke Lima Universiti Malaya. Letak Kolej ini di bawah bukit ladang getah ini.
Jelas untuk saya menamakan Bangsar South atau Mid Valley adalah satu percubaan secara sedar untuk mengubah sejarah wilayah ini yang asalnya milik Bani Melayu.
Ini untuk saya satu jenayah. Sama seperti yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel kepada bumi Arab Palestin. Melupuskan persejarahan anak watan.
Malah saya bertanya dari mana datangnya South. Kenapa Bangsar menjadi South. Apa rujukan untuk jadi South tidak di sebut Selatan dalam bahasa Melayu. Mungkin ini tabiat monkey see monkey do – beruk melihat beruk membuat.
Di London ada South Bank. Ini wilayah penempatan seni - teater , dewan pameran dan panggung wayang. Di Paris ada Left Bank. Ini wilayah seniman, intelektual dan para aktivis berkampung.
Nama dua-dua wilayah di London dan Paris ini menggunakan rujukan Sungai Thames untuk London dan Sungai Seine untuk Paris. Bangsar South rujukan di mana?
Justeru hal nama ini bukan satu perkara yang kecik anak. Di belakang satu -satu nama itu ada sejarah. Sejarah ini membawa makna jati diri.
Saya tidak menimbulkan syak wasangka kepada Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Sanbanthan , Jalan Tan Cheng Lock atau Jalan Thambypillay.
Untuk saya ini bukan hal nama Melayu, nama India atau nama China yang saya timbulkan. Cheng Lock atau Sanbanthan ini adalah nama-nama sosok yang berperanan dalam penyejarahan negara bangsa. Mereka ada sejarah.
Yang saya pertikaian ialah pengubahan nama yang akan melupuskan sejarah dan jati diri anak watan.
Untuk saya semua ini adalah salah satu jenayah besar United Malays National Organisation. Parti yang klim menjadi parti Ketuanan Melayu ini terlibat sama dalam pemadaman sejarah ini.
Dalam masa yang sama saya tidak seharusnya hanya menuding telunjuk pada si penjenayah.
Saya juga wajib bertanggung jawab mencari jalan penyelesaian. Ini dalam usaha untuk mendirikan negara bangsa yang tahu sejarah dan sedar di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Apa agaknya yang perlu dilakukan ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DITERBIKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYASIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/15/bangsar-south
TULISAN INI DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/447993
Barua VS Barua...makin meletoppp panazzzs
BalasPadamBarua barua Melayu bertuankan Doli Yang Mahanat Molia DAP@LeeKwanYew sudah mola berantakan, berbunuhan menjelang PRN June 2023. Makin panazzzss, makin hottt, makin meletoppp..
Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta
Mahathir adalah perdana menteri ketika kontrak itu diberikan.
Anwar Ibrahim membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Dr Mahathir Mohamad dalam pembelaan terhadap saman fitnah terhadapnya.
https://mykmu.net/2023/06/15/anwar-dakwa-anak-beranak-mahathir-dapat-kontrak-rm214-2-juta/
Presiden PKR itu mendakwa anak sulung Mahathir, Mirzan menjadi pengarah Opcom Cables dari 1994 hingga 2021, anak kedua Mokhzani menjadi pengarah dari 2009 hingga 2019, anak ketiganya, Mukhriz menjadi pengarah dari 1994 hingga 2019, dan isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria menjadi pengarah dari 1995 hingga 2021.
Mahathir menyaman Anwar berhubung dakwaan dia mengumpul kekayaan peribadi ketika menjadi perdana menteri.
PRN bulan June 2023 ini lah masa terbaik untuk orang Melayu hapuskan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.
Mana mana barua Melayu' DAP@LeeKwanYew yg melingkup nanti boleh dihanyutkan ke Pulau Batu Putih yang barua baru saja diserahkan pada anak Lee Kwan Yew...
Lawan barua lawan, nang butinang kui butikui lawan barua lawan , barua lawan lah sampai mampuih..!!
#hapusbarualeekwanyeelingkupSingaura
Yang meloloskan nama tompek, taman dan bandar adalah Majlis Tompatan .. mengawai nye somuo Molayu .. kulit kopalo kontol somuo eay kono koghek, botakok .. yg pompuan kolontit eay di iighih supayo tak terjulur sangat .. tu lah Molayu Islam.
BalasPadamYang den paham untuk di bagi namo tompok, musti kono tarok namo unsur Molayu atau islang mungkin namo Cino atau Koling .. namo omputeh tak boley.
Persoalannyo boghapo Mengawai Kerajaan ni dapek untuk mombonarkan monarok namo kapir omputih nih. Contoh eay Bandar Ainsdale di Soghomban .. den cadangkan sogoro tangkap Kotuo Mejlis Tompatan yg terlibat moluluskang namo kapir omputeh ni.
Mujurlah Batang Benar tidak ditukarnama kpd Real Dick
BalasPadambro..kdg2 gua pening dgn lu punya bolak balik..lu ungkit sejarah bangsar walhal lu adalah melayu yg bersekolah di MCKK dan tinggal di uk menjadi boy london.gua faham uk/london ni adalah mekah kedua umat melayu.oh ya, dimekah pun ada kiblat kaabah dan ada kiblat uk menara jam, pendek kata di mekah ada 2 kiblat atau kiblatain.lu juga ada bercerita mengenai kisah perjalanan lu dgn kawan cina..barangkali ada dna cina dulu2..melayu marah tak cina tanam dulian musang king yg ada harga berbanding dgn durian kampung yg tak berapa laku?sembang bro ..sembang..habuk pun tarak..
BalasPadam