Rabu, 14 Jun 2023

BERI PELARAIAN PELUANG BEKERJA



Putrajaya tiada peruntukan untuk pelarian, kata aktivis 

ORANG ramai dikelirukan dengan dakwaan Putrajaya membelanjakan jutaan ringgit untuk menyediakan bantuan kebajikan kepada pelarian dan pencari suaka, kata Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Presidennya, M.Ramachelvam, memberitahu The Malaysian Insight negara tidak memberikan sebarang bantuan kebajikan atau sosial secara langsung kepada pelarian dan pencari suaka di negara ini.

“Satu-satunya bantuan yang diberikan ialah diskaun 50% daripada kadar ditetapkan untuk warga asing di hospital kerajaan.

“Kerajaan juga tidak membenarkan pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah kecuali dalam sektor ekonomi tidak formal dan anak-anak mereka juga tidak dibenarkan mendaftar di sekolah kita.

“Oleh itu, adalah sangat mengelirukan dan tidak tepat bagi yang berhormat ahli Parlimen menyatakan jutaan dibelanjakan untuk memberi bantuan kebajikan kepada pelarian,” kata Ramachelvam.

Ramachelvam mengulas kenyataan ahli Parlimen Barisan Nasional, Isam Isa di Dewan Rakyat di mana beliau mendakwa Putrajaya membelanjakan berjuta-juta untuk memberi bantuan kebajikan kepada pelarian dan pencari suaka.

Penyokong BN itu berkata Putrajaya sepatutnya menggunakan dananya untuk rakyat Malaysia daripada membelanjakannya untuk pelarian.

“Adakah kita perlu menanggung masalah yang dibawa oleh pelarian dan pencari suaka ini, seperti kos kebajikan (bantuan) dan depot tahanan sementara, yang mencecah jutaan setiap tahun?

“Dana itu boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti membantu penduduk tempatan yang terjejas oleh wabak itu,” kata Isam semasa perbahasan Dewan Rakyat mengenai laporan Suhakam 2020.

Ramachelvam berkata tidak ada gunanya untuk mencetuskan niat jahat dan sentimen anti-pelarian terhadap mereka yang terdedah dalam masyarakat kita.

“Pelarian dan pencari suaka adalah orang yang telah dipaksa meninggalkan negara mereka untuk melarikan diri dari penganiayaan, peperangan atau keganasan.”

“Kita harus melayan pelarian dan pencari suaka dengan belas kasihan dan maruah,” katanya. – 14 Jun, 2023.


TAK BERI

BANTUAN

TAK PA

AMIN

BERI MEREKA

PELUANG KERJA 

 CARI MAKAN

AMIN

MEREKA DAH

 DALAM NEGARA

AMIN

SUSUN ATUR

CARI KERJA

AMIN

GUNAKAN TENAGA

TAMU KITA 

DENGAN BAIK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan