Sabtu, 24 Jun 2023

BIAWAK HIDUP DAPAT 3 KERUSI




PRN: MIC diberi 3 kerusi DUN, kata sumber parti

PARTI komponen Barisan Nasional (BN) MIC diberikan tiga kerusi untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata sumber parti.

Sumber itu memberitahu The Malaysian Insight MIC diberi satu kerusi di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan.

“Hanya di Negeri Sembilan, kerusi Jeram Padang disahkan kerana ia adalah kerusi penyandang,” kata sumber itu.

“Di Selangor dan Kedah, belum ada pengesahan mengenai kerusi itu kerana perbincangan masih diteruskan.

“Tetapi tiga kerusi (disahkan) setakat ini,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Pada pilihan raya 2018, MIC bertanding di tiga kerusi di Selangor dan masing-masing dua kerusi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang juga Kedah namun hanya menang di Jeram Padang, DUN Negeri Sembilan. 

Manickam Letchuman merupakan ADUN untuk Jeram Padang.

Sebelum ini MIC dilaporkan mengintai DUN Perai dan Seri Delima di Pulau Pinang.

Sumber mengatakan MIC berminat dengan kerusi Perai kerana kawasan DUN itu adalah kubu tradisi.

Pemimpin seperti Rajapathy Kuppusamy dan mendiang V. Muthusamy berkhidmat dengan masyarakat India di sana selama empat penggal dari 1991 hingga 2008.

DUN Selangor dibubarkan semalam manakala DUN Kelantan dibubarkan pada 22 Jun lalu sementara Pulau Pinang mengumumkan pembubaran DUN pada 28 Jun ini.

Manakala tiga lagi negeri masih belum diumumkan lagi namun DUN Terengganu akan terbubar secara automatik pada 1 Julai, Negeri Sembilan pada 2 Julai dan Kedah 4 Julai ini.

Tarikh untuk enam pilihan raya negeri masih belum ditetapkan.

Kesemua enam negeri mesti mengadakan pilihan raya menjelang September. – 24 Jun, 2023.


BIAWAK HIDUP

DAPAT TIGA

KERUSI

KAH KAH KAH

OPPS... MIC NI

PIKUL BIAWAK IDUP

ATAU BIAWAK MATI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan