Selasa, 13 Jun 2023

INI SILAP BULAN




KM Pulau Pinang ramal PRN pada Oktober

PILIHAN raya di enam negeri mungkin diadakan pada Ogos, berkemungkinan besar pada minggu kedua bulan itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata garis masa ini berkemungkinan selepas mempertimbangkan tempoh lima hingga enam minggu bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selepas cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 28 Jun.

“Terpulang kepada SPR untuk memilih tarikhnya. Ada kemungkinan ia akan diadakan pada Ogos,” katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan The Star.

Sebelum ini kesemua enam negeri bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak.

Bagi Pulau Pinang, Chow dijadualkan bertemu gabenor pada 27 Jun untuk mendapatkan kebenaran membubarkan DUN pada hari berikutnya.

Negeri Sembilan berkata ia akan membubarkan DUN pada 30 Jun.

Kelantan dalam pada itu dijangka mengumumkan tarikh pembubaran DUN Kelantan esok.

DUN Selangor secara automatik tamat pada 25 Jun, diikuti Kelantan pada 27 Jun, Terengganu pada 30 Jun, Kedah pada 3 Julai, Negeri Sembilan pada 1 Julai, dan Pulau Pinang pada 2 Ogos. – 14 Jun, 2023.




WOIT

INI SILAP BULAN

AMIN

BULAN OGOS

BUKAN OKTOBER

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan