Sabtu, 3 Jun 2023

MADEY HINA RAJA


Dr Mahathir turut disiasat dakwaan hina institusi diraja, kata polis

BUKIT Aman berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut disiasat berhubung dakwaan menghina institusi diraja.

“Kes ini masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Polis berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Awal hari ini polis menyoal siasat Dr Mahathir berhubung gerakan “Proklamasi Orang Melayu”, kata peguamnya Rafique Rashid Ali.

Rafique berkata Dr Mahathir diambil keterangan oleh Bukit Aman di Yayasan Albukhary kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Dr Mahathir berkata beliau sedia dituduh di mahkamah dan menyatakan akan menjawab soalan-soalan di mahkamah,” katanya melalui klip video yang disiarkan di InspirasiChannel.

Rafique sempat menasihatkan orang lain yang mungkin akan dipanggil polis agar mencontohi bekas perdana menteri itu dengan menjawab segala soalan di mahkamah.

“Adakah bercerita tentang orang Melayu atau proklamasi orang Melayu itu salah di sisi undang-undang?

“Kepada sesiapa yang lain dipanggil, disiasat oleh polis jangan gentar, jangan takut. Buat saja seperti Tun, jawab di mahkamah, biar rakyat faham apa itu Proklamasi Orang Melayu,” katanya.

Proklamasi Orang Melayu merupakan insiatif terbaharu bekas perdana enteri itu untuk menyatukan kembali orang Melayu.

Dr Mahathir melihat proklamasi itu mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri di mana jika penyatuan tidak dicapai, kedudukan kaum itu akan semakin terhakis. – 2 Jun, 2023.

WOIT

MADEY HINA

RAJA 

KAH KAH KAH

BUKAN HINA

RAJAGOPAL

BUKAN BUKAN

KAH KAH KAH

HINA INSTITUSI

RAJA

KAH KAH KAH

INSTITUSI INI

BUKAN INSTITUT

TAPI LEMBAGA

AMIN

BUKAN LEMBAGA

TABUNG HAJI

KAH KAH KAH

ITU LEMBAGA EEE

EEE ITAM LEGAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan