Ahad, 25 Jun 2023

MB SELANGOR KEKAL


Amirudin perlu kekal MB, kata sumber PKR Selangor

AMIRUDIN Shari perlu terus kekal sebagai menteri besar sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN), kata sumber PKR Selangor.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, pendirian itu dinyatakan dalam satu pertemuan antara pemimpin PKR Selangor yang sebulat suara mahu Amirudin memimpin negeri itu.

“PKR Selangor awal minggu ini dalam satu mesyuarat mengesahkan sokongan kami untuk Amiruddin kekal sebagai menteri besar.

“Maknanya, selepas kemenangan, kami akan menamakan Amirudin untuk terus menjadi menteri besar, ini pendirian PKR Selangor,” katanya dengan syarat dirahsiakan identiti.

Menurut sumber itu lagi, Amirudin menjalankan tugas dengan baik lebih-lebih lagi ketika PKR berhadapan pengkhianatan ketika percaturan politik dikenali sebagai Langkah Sheraton.

“Ramai pemimpin meninggalkan parti tetapi beliau kekal mengetuai negeri dan menang besar sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Beliau juga berjaya mengekalkan kemenangan PKR di Parlimen Gombak,” kata sumber, dan menambah tiada isu untuk Amirudin digugurkan sebagai menteri besar.

Amirudin berjaya menumbangkan penyandang kerusi Parlimen Gombak waktu itu, bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang juga antara penggerak Langkah Sheraton.

Azmin kemudian menyertai Bersatu dan menjadi menteri dalam pentadbiran perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin dan dalam Kabinet perdana menteri kesembilan Ismail Sabri Yaakob.

Desas-desus mengenai pengguguran Amirudin dari menteri besar Selangor timbul dengan spekulasi bahawa naib presiden PKR itu akan diberikan kedudukan di peringkat pusat.

Sumber mengesahkan ura-ura tersebut dan berkeras perkara itu ditolak di pelbagai peringkat dalam parti.

“Ada beberapa perkara berlaku di hadapan beliau sekarang, tetapi saya tidak nampak halangan untuk Amirudin mengekalkan kedudukannya di Selangor,” kata sumber.

Pendirian sama dikongsi pemimpin akar umbi PKR yang menyebut mereka berharap Amirudin tidak dipindahkan ke pentadbiran kerajaan Pusat.

“(Kita harap) tidak (digugurkan sebagai menteri besar), Insha Allah tak (digugurkan). Kita optimis. Betul ada ura-ura (Amirudin digugurkan sebagai menteri besar) tapi kita optimis.

“Kita lagi berharap beliau kekal di Selangor tetapi macam-macam perkara boleh berlaku…cuma kalau ikut situasi sekarang masih kekal lagi,” kata pemimpin itu yang juga enggan dinamakan.

Mengulas lanjut, beliau menjangka Amirudin akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang disandangnya sekarang.

Ia menguatkan keyakinan mereka bahawa Amirudin tidak akan dipindahkan ke jawatan peringkat persekutuan.

“Sungai Tua, beliau kekal bertanding, sebab itu kita cakap dia kekal menteri besar… Kalau dia tak nak kekal menteri besar kenapa dia bertanding.

“Kalau dia sasarkan naik Parlimen dia takkan bertanding (kerusi) Dun,” katanya. – 25 Jun, 2023.

WOIT

SAPA PUNYA

RANCANGAN NAK

UBAH MB NI

KAH KAH KAH

INI PROJEK BERAT

AMAT BERAT

AMIN

PIKUL KAVADI

DAH BERAT

KENAPA NAK 

KACAU MACAU 

MB SELANGOR 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan