Pelancong warga asing rogol wanita direman 7 hari
KUANTAN – Seorang lelaki warga asing yang didakwa merogol seorang wanita tempatan di Genting Highlands berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 41 tahun kini direman seminggu bermula 12 Jun lalu sehingga 19 Jun ini.
Kejadian itu berlaku pada 12 Jun lalu semasa mangsa berjalan pulang ke bilik sewa rakannya dalam kejadian 5.20 pagi,
”Mangsa telah dipanggil oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel. Suspek kemudian mengajak mangsa untuk tidur bersama namun mangsa menolak pelawaan tersebut.
”Suspek telah bertindak menarik tangan mangsa berusia 20 tahun secara paksaan dan membawa mangsa masuk ke dalam biliknya dan merogol mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Zaiham berkata, suspek, 41, datang ke Malaysia untuk melancong telah ditahan pada hari sama berhampiran hotel.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Orang politik payung tokey Judi online jackpot bapak ayam dah lama dah...
BalasPadamTerkini SPRM serah tokey Judi online jackpot lapor pada PDRM...
Wahai PDRM Rakyat mau action bukan gebang kosong..!!
Kau orang pergi kat Jalan Mayang depan Aussie Ambessy, sebelah USA Ambessy Jln Ampang Mikasa Ampang, Jln Tun Razak Lucky, Jln Ipoh Manjalara Kepong Kia Peng Jln Kelang Lama Jln Imbi Bukit Tinggi ada bersepah jackpot 90% pengunjung adalah Melayu'...
Ada brani rampas mesin JackPot...!?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat berkaitan pembabitan ahli politik dalam aktiviti judi dalam talian.
https://youtu.be/QfVGi7kbHEA
Rakyat mahu action bukan gebang dan maklumat sana maklumat sini... Rampas dulu mesin jackpot tu baru ada action bukan gebang aje..!!! Lingkupkan saki Baki barua DAP@LeeKwanYew PRN Kali ini Maka tokey jackpot akan ke dalam lah dengan cepatnya