Ahad, 11 Jun 2023

MENGAPA PEMUDA GEROMBOLAN JADI LEMBIK ?



Tak paksa, tapi lebih baik DAP mohon maaf, kata Pemuda Umno

PERMOHONAN maaf tidak dipaksa namun sikap orang Melayu lebih baik terhadap DAP jika parti itu berbuat demikian, kata Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh.

Tambahan pula, DAP pada waktu ini memerlukan sokongan orang Melayu dan kerjasama Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi, katanya.

“Ini cara paling cepat meredakan suhu di bawah. Mungkin kesukaran ada tapi kita akan hadapi cara kita. Kita dalam hubungan, tak boleh paksa orang minta maaf.

“Kita nyatakan ini keresahan akar umbi. Saya bukan bercakap untuk diri saya. Di bawah rasa bagaimana nak bekerjasama sedangkan orang itu pernah kutuk kita.

“Kalau tak nak, nak buat macam mana, tapi ia akan timbulkan rasa tidak senang akar umbi dan rakyat di bawah,” kata Akmal dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno 2023 hari ini.

Adun Merlimau itu berkata, isu itu bagaimanapun tidak menjejaskan hubungan antara Umno dan parti rakan dalam kerajaan perpaduan yang kini menjalin hubungan baik.

“Hubungan kami antara pemuda Umno, dan pemuda PH, pemuda kerajaan perpaduan sangat baik. Kami baru lepas konvensyen kerajaan perpaduan.

“Tetapi bila berada dalam PAU ini medan bawa suara akar umbi. Kami menyampai suara akar umbi tidak bermakna hubungan kami dengan pemuda PH dan kerajaan perpaduan tidak baik,” katanya.

Jelasnya, saranan agar DAP memohon maaf seperti dilontarkan dalam ucapannya pada Khamis hanya untuk menyampaikan keresahan akar umbi Pemuda Umno.

“Pemuda kena berani jelaskan isu sebenar supaya ahli boleh berikan kepercayaan kepada pemimpin, jadi mereka tahu bila mereka cakap suara itu sampai ke peringkat atasan.

“Tidak ada isu saya tak boleh bekerjasama. Kena tegas kita bawa suara akar umbi di bawah. Ini dapatan mesyuarat cawangan ke peringkat, bahagian seterusnya ke pusat.

“Ini perlu kami bawa. Kami tak boleh sembunyikan,” kata Akmal.

Pendirian Pemuda Umno itu disokong Timbalan Presiden Mohamad Hasan yang berpendapat DAP wajar mengemukakan permohonan maaf kepada parti itu.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengambil pendirian berbeza yang menganjurkan agar isu di antara Umno dan DAP tidak harus dibangkitkan lagi.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti sudahpun dipersetujui ketika pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lalu. – 10 Jun, 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PEMUDA 

GEROMBOLAN

TAKUT KE?

KAH KAH KAH

DULU LIDAH 

KONTOT KELUAR

KERIS

KAH KAH KAH

PASAI APA 

JADI LERMBIK

DAH PANCUT KE?

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. Lawak Pemuda UMNo lebih lawak lagi dari Jocelyn Chia

    DAP minta maaf atau tidak, Pemuda Umno akan bantu kempen pilihan raya. Lawak paling osem Dari Pemoda UMNo

    Pemuda Umno akan menyokong usaha kempen oleh parti-parti dalam kerajaan perpaduan untuk pilihan raya negeri akan datang, tidak kira sama ada tuntutannya untuk permohonan maaf terbuka daripada DAP dipenuhi.

    Saya Ulanggg..!!

    Ini lah lawak paling osem bangang Dari Pemoda UMNo

    #gebangjalebih

    BalasPadam
  2. elok pemuda umno jadi puteri umno.. kah kah kah

    BalasPadam