Calon PAS: Tidak terlibat dosa besar, akhlak mulia
ARAU: Tidak terlibat dengan dosa besar dan berakhlak mulia menjadi kriteria utama calon PAS yang bakal dipilih bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin berkata, tapisan calon akan dibuat pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) minggu hadapan.
“Agenda utama mesyuarat Majlis Syura Ulamak minggu depan kita akan melakukan tapisan kelayakan calon-calon yang bakal bertanding.
“Keutamaan calon yang bakal dipilih tidak terlibat dengan dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta berakhlak mulia,” katanya ketika dihubungi di sini.
PAS akan bertanding di 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN yang melibatkan enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terangganu, Selangor dan Negeri Sembilan.
Katanya juga setiap DUN mengemukakan tiga nama calon untuk diperhalusi Majlis Syura Ulamak sebelum mempertimbang memilih mereka yang benar-benar layak untuk bertanding.
Ditanya sama ada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa akan diberi peluang sebagai calon PAS, ujarnya beliau tidak ada masalah sekiranya bekas pemimpin kanan Umno itu ditampilkan sebagai calon pada PRN nanti.
Beliau turut memaklumkan tidak ada masalah jika bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut dicalonkan.
“Sama seperti orang lain, kita akan mempertimbangkan. Kita tidak ada masalah Nik Abduh dicalonkan. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dia (Nik Abduh) layak bertanding di kerusi Parlimen tetapi dia tarik diri,” katanya.
Dalam pada itu, kata beliau gelombang rakyat akan terus berlaku pada PRN termasuk boleh melakukan kejutan di Selangor.
Guru kencing berdiri, tontowi melancap sambil berlari. Kah! Kah! Kah!
BalasPadamTerbaik TT, apa macam kategori dosa besar dosa kecik, siapa buat keputusan mana satu besar kecil? Adakah ikut size? Panjang? Pendek atau lebar padat ketat? Kalau tusukan lubang depan dosa mana? Belakang? Kah kah puak ini sudah jadi sampai jual ubat sampai rosak otak logik? Kah kah kah
BalasPadam