PRN: MUDA bertanding secara solo PRN
PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memutuskan akan masuk gelanggang secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Menurut presidennya, Syed Saddiq Syed And Rahman, keputusan itu dicapai secara konsensus kerana pihaknya tidak diundang langsung untuk mesyuarat pembahagian kerusi di pihak Pakatan Harapan (PH).
“Selepas bincang, MUDA buat ketepatan berdasarkan pada konsensus parti untuk bertanding di PRN atas kekuatan sendiri,” katanya dalam sidang media khas di Petaling Jaya hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Penerangan MUDA, Lokman Long yang diangkat sebagai Ketua Pengarah PRN bagi parti itu.
“(Bertanding solo) tidak ada kena mengena dengan perbincangan kerusi di PRN sebab perbincangan itu tidak wujud. Sebab itu MUDA membuat pendirian untuk fokus bawa politik baru,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, tindakan itu tidak dipandang sebagai pemecah undi sekiranya MUDA dilihat sebagai blok ketiga dalam PRN kali ini.
“Jika janji ditunaikan, reform dilaksana kuasa dikembalikan kepada rakyat dan tidak mengambil mudah undi rakyat, tidak akan ada keperluan untuk MUDA bertanding tapi apabila parti politik blok terbesar terlalu selesa, ini tidak betul,” katanya.
Oleh yang demikian MUDA akan bertanding di semua keenam-enam negeri pada PRN kali ini.
Ini bermakna, parti itu akan bertembung PH dan Barisan Nasional (BN) walaupun MUDA menjadi sebahagian daripada blok kerajaan.
Ditanya mengenai berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh MUDA, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.
“Kita akan umum dari masa ke semasa,” katanya
Atok punya Trojan horse!
BalasPadamBoto tu..
BalasPadamSelamat maju jayo...
Bosamo atuk....
Mudahan atuk leh jd mudo balik...
Hihihi...