Isnin, 12 Jun 2023

NAIK AZIZ DAN LIM KIT SIANG


Cucu Nik Aziz lempar kritikan terhadap kerajaan Anwar selepas anugerah Tan Sri

Seorang cucu Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis kritikan pedas terhadap kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beberapa hari selepas Allahyarham Mursyidul Am PAS itu diberikan anugerah anumerta Persekutuan sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong. 

Nik Nur Humaira mendakwa keluarganya pada mulanya diberi gambaran bahawa Nik Aziz akan dikurniakan gelaran Tun.

“Namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri sahaja. Ah, tidak pelik kerana yang mencanangkan ini memang dikenali sebagai Mat Retorik, sebagaimana Tun M menggelarkannya,” katanya dalam catatan Facebook baru-baru ini.


Nik Aziz, menteri besar Kelantan yang memerintah lebih dua dekad, adalah antara senarai 26 penerima gelaran Tan Sri, termasuk Lim Kit Siang. 

Langkah untuk memberikan anugerah kedua tertinggi negara kepada penyokong DAP itu mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan ramai yang mengingatkan pendirian parti itu sebelum ini yang tidak akan menerima sebarang gelaran diraja.

Ia juga mendapat sindiran sinis daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang mempersoalkan sama ada Lim kini diletakkan pada tahap yang sama dengan Nik Aziz. 

Sementara bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan bahawa penerima semua gelaran Persekutuan biasanya akan ditapis oleh Jabatan Perdana Menteri. 

"Biasanya untuk anugerah-anugerah tinggi ini akan mendapat persetujuan daripada perdana menteri. Ada senarai Agong, tapi senarai yang lebih besar adalah senarai dari PM, sebab ini penghormatan kerajaan Persekutuan yang dikurniakan oleh Agong.

“Saya rasa Anwar mahu memberi ganjaran kepada rakan-rakannya, dan tidak ada yang salah dengan itu, saya rasa," katanya baru-baru ini dalam podcast Keluar Sekejap.

Nik Humaira dalam catatannya turut mempersoalkan cara penyampaian jemputan istiadat di istana kepada neneknya yang juga balu Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak. 

“Surat jemputan daripada pihak istana tidak diberikan melalui kerajaan negeri sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham iaitu bapa saudara kami yang dihormati yang memilih untuk bertanding di bawah PKR di Perak,” katanya merujuk kepada Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang sebelum ini dikritik oleh Tuan Sabariah kerana menyokong Anwar.

Nik Omar diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di Pasir Salak, Perak tetapi tewas kepada Perikatan Nasional.

Nik Humaira berkata, neneknya memutuskan untuk menghadiri majlis itu kerana menghormati istana, sambil menambah bahawa keluarga itu tidak memandang rendah gelaran Tan Sri.

“Namun kami terkejut kerana ayahanda ulama sepuh milik ummah ini diletakkan sebaris dengan seteru politik dan agama daripada DAP.

“Ternyata sama sahaja taraf seorang ulama yang bermati-matian atas nama Islam, dengan seorang berfahaman ‘chauvinist’ dan tidak menerima Malaysia sebagai negara Islam, di mata Malaysia Madani ini.”

Beliau berkata catatannya itu adalah tindak balas kepada beberapa naratif daripada musuh PAS, yang mengatakan bahawa Nik Aziz tidak pernah dianugerahkan Tan Sri walaupun ketika PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. 

Sambil menegaskan keperibadian Nik Aziz digunakan oleh pihak tertentu, Nik Humaira berkata beliau tidak berminat dengan gelaran duniawi kerana "ia tidak menyamai ganjaran dan keredaan Allah ".

“Pengiktirafan sebenar akan lebih bermanfaat sekiranya idea tokoh ini diperjuangkan, biografi hidupnya dibukukan, serta wawasannya diangkat ke persada.”

KAH KAH KAH

WOIT

ADA MAT BARU

KAH KAH KAH

MAT RETORIK

KAH KAH KAH

WOIT

NIK AZIZ

KIT SIANG

DAH SAMA TARAF

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

  1. Walaupun gelaran duniawi Cucu komen tapi tak minat - tetapi tolong jangan perkecilkan gelaran..sebab ianya yang sama dgn Tuan Guru Presideng !!
    Boleh jadi Tuanku Agong pun nak menjaga nama baik Almarhum TGNA agar tidak sama taraf dengan dua orang Tun yang ada tu..

    BalasPadam