Selasa, 6 Jun 2023

PDRM - LAWAN ALONG


13 Along ditahan di Pulau Pinang

POLIS menahan 13 individu kerana terbabit dengan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen atau along dalam operasi khas yang dijalankan bagi menangani sekali gus membanteras kegiatan tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata kesemua 13 suspek itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Perak susulan operasi khas yang dilancarkan tidak sampai 24 jam semalam. 

“Polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani dan seterusnya membanteras kegiatan along daripada berterusan di Pulau Pinang dan ia (operasi itu) juga susulan ugutan oleh mereka terhadap saya.

“Justeru, sejumlah 28 pasukan terdiri daripada 112 pegawai dan anggota polis telah ditubuhkan melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dalam pasukan khas tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan pihaknya kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes memberi surat amaran serta melakukan ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Pulau Pinang.

Acryl dilaporkan berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengugut dan mengancam pegawainya dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini.

Khaw berkata semua 13 suspek yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Operasi besar-besaran memerangi kegiatan sindiket pinjaman wang haram ini dilakukan secara berterusan dan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kumpulan along yang terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menerima empat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman.

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan, malah Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja. – Bernama, 6 Jun, 2023.

TAHNIAH

PDRM

AMIN

PATUTLAH ADA

ANCAMAN MATI

PADA OCPD

AMIN

ALONG INI

BANK ORANG

TERDESAK

AMIN

KERAJAAN WAJIB

PIKIRKAN CARAMANA

NAK BANTU MEREKA

YG MEMERLUKAN

PINJAMAN SEGERA

GANTI KHIDMAT

ALONG

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. boleh kerajaan dah bantu.. dengan cara cagar duit sendiri duit kwsp... bunga bank untung... ini nama dia kuminis kapitalis....kah kah kah

    BalasPadam