Jumaat, 30 Jun 2023

PENGUNDI SELANGOR TOLAK TALIBAN


Jelajah Perikatan meriah tapi sukar tawan Selangor, kata Ilham Centre


PENYELIDIK pilihan raya menjangka sasaran majoriti mudah Perikatan Nasional (PN) di Selangor sukar dicapai walau kempen digerakkan gabungan itu mendapat sambutan meriah.

Badan kajian Ilham Centre melihatnya sebagai satu sasaran mudah di atas kertas sahaja walau kempen Jelajah Selangor Baharu PN kelihatan meriah di setiap lokasinya.

Pengarah badan itu Hisomuddin Bakar memberitahu The Malaysian Insight sedemikian bagi menjelaskan sasaran PN untuk 32 kerusi majoriti Melayu Selangor.

Jelasnya, ia bermakna PN berjaya menguasai sehingga 80% sokongan Melayu di Selangor manakala Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 20% undi segmen itu.

“Walaupun sasaran itu dikatakan realistik di atas kertas oleh PN, tetapi PN memerlukan antara 70% hingga 80% undi Melayu untuk ambil alih Selangor.

“Angka itu sangat hampir mustahil kerana bilangan peratusan sokongan yang mereka perlu dapatkan daripada 34 DUN majoriti Melayu itu sangat sukar kerana pola Melayu di Selangor.

“Kalau mereka dapat 80% itu bermakna PH dan BN hanya dapat 20% dan itu adalah rekod terburuk.

“Kalau itu berlaku memang wajar BN-PH kalah pun tapi situasi itu tak sebegitu mudah untuk PN,” kata Hisomuddin.

Kempen PN itu kini menumpukan pengundi atas pagar di kira-kira 34 kawasan DUN yang mempunyai 60% pengundi Melayu ke atas, daripada keseluruhan 56 DUN Selangor.

Gabungan itu juga mensasarkan untuk menang majoriti mudah 29 kerusi, dalam usaha mencabar penguasaan PH selama tiga penggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, PN hanya menguasai sekitar 54% sokongan pengundi Melayu di Selangor.

Pada waktu itu, gabungan PAS, Bersatu, dan Gerakan itu memperolehi enam kerusi Parlimen di Selangor, kebanyakannya di kerusi dengan pertembungan tiga penjuru.

Mengulas lanjut, Hisomuddin percaya usaha PN kali ini lebih sukar.

“Mereka memerlukan lebih 26% tambahan sokongan pengundi Melayu, tetapi angka itu tidak mudah. Bayangkan kali ini pertembungan satu lawan satu, tempoh hari (PRU15) tiga penjuru.

“Andai kata PH dapat lebih dan BN dapat 30% maka ternafi mereka boleh dapat 29 DUN. Mereka perlu dapat 80% tapi sukarlah,” kata Hisomuddin lagi.

Selangor merupakan salah satu negeri tumpuan daripada keseluruhan enam negeri yang akan menjalankan PRN, seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.

Hisomuddin melihat PH yang menguasai Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kini mula mencari rentak selepas bergabung dengan seteru tradisi dari BN.

Manakala PN yang menguasai Kedah, Kelantan, dan Terengganu, dilihat berusaha meluaskan jajaran negeri pimpinan mereka dengan Selangor menjadi tumpuan khusus.

“Gerak gempur PN untuk menunjukkan elemen sokongan terhadap mereka berjaya. Manakala PH dan BN tertinggal dalam aspek menunjuk kekuatan sebagai kerajaan negeri dan penyandang, belum cukup kuat.

“Untuk undi atas pagar buat permulaan keadaan ini memihak kepada PN. Nampak meriah. Atas pagar tak tahu ini jentera PAS yang dikerah dan sebagainya.

“(Tetapi pengundi) atas pagar dan pengundi baru akan melihat PN (sebagai) satu kuasa.

“(PN mungkin dapat) menunjukkan dengan ketumbukan luar biasa yang (gabungan itu) mungkin boleh ambil alih (Selangor) walaupun sukar nak dapat dengan kemeriahan program,” katanya.

Gabungan BN-PH pula katanya seperti terawang-awang dan gagal fokus dalam gerak kerja mereka.

“Manakala kerajaan negeri penyandang gagal menunjukkan kekuatan itu. Ini perlu diberi perhatian oleh PH dan BN.

“Ini tugas besar BN mendapatkan peratusan sokongan Melayu supaya boleh nafikan perpindahan sokongan besar-besaran pengundi Melayu itu tidak berlaku dalam PRN ini,“katanya, lagi.

Ilham Centre juga menjangkakan beberapa perubahan akan berlaku selepas PRN yang dijangka berlangsung pada Ogos.

Antara hipotesis awal penyelidik itu termasuk perubahan gabungan politik pasca PRN, termasuk jangkaan Umno dan DAP akan mempertimbangkan semula kerjasama yang dibentuk pasca PRU15. – 30 Jun, 2023.

WOIT

PENGUNDI MELAYU

 SELANGOR

TOLAK TALIBAN

AMIN

PENGUNDI CHINA

TAKUT TALIBAN

AMIN

PENGUNDI INDIA

LAGI TAKUT

PADA TALIBAN

AMIN

ANK MUDA

TAK SUKA TALIBAN

GANGGU GAYA

HIDUP MEREKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan