Sabtu, 3 Jun 2023

PRN MAKIN DEKAT


MB Selangor sahkan beberapa Exco mula kemas pejabat

MENTERI Besar Selangor Amirudin Shari hari ini mengesahkan khabar angin berhubung tindakan beberapa pengerusi jawatankuasa atau exco kerajaan negeri yang mula mengemas serta mengosongkan ruang pejabat.

Beliau berkata, tindakan berkenaan satu perkara biasa dilakukan mereka terutamanya pada akhir penggal, bagi menghadapi pilihan raya.

“Ini satu perkara lazim. Semua buat perkara sama. Dahulu saya pada penggal lalu pun begitu, bila dah nak bubar (Dewan Undangan Negeri), kita pun bersiap sedia untuk kemas. Selepas ini tugas mereka (exco) adalah untuk menjalankan apa yang dirancang dan tidak boleh ada dasar baharu.

“Masing-masing pada ketika itu akan sibuk dengan pilihan raya dan berada di lapangan,” katanya yang ditemui pada program sumbangan korban negeri Selangor 2023 di Shah Alam hari ini, ketika merujuk khabar angin mengenai tindakan beberapa exco kerajaan negeri yang sudah mula mengemas dan mengosongkan ruangan pejabat.

Amirudin berkata, beliau sedang menunggu perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk sesi menghadap bagi menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor dan kerajaan negeri hanya mempunyai tempoh 23 hari bermula hari ini bagi membubarkan DUN.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah. – Bernama, 3 Jun, 2023.

PRN AKAN

SAMPAI

AMIN

INI GARIS

SAMA ADA KERAJAAN

PH-BN 

DITERIMA RAKYAT

ATAU TIDAK

AMIN

KEMPEN RESMI

BELUM BERMULA

KEMPEN TIBAI

MENIBAI MAKIN

HANGAT

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan