PATHOLOGICAL
LIAR
Ahad - 04/06/23
1. Apa itu yang dimaksudkan PATHOLOGICAL LIAR ( pa ta lo gi kal la yer ) ; ia adalah GANGGUAN MENTAL yang menyebabkan sesaorang TERPAKSA berbohong bagi menutup pembohongan awal , dan TERUS berbohong dengan harapan segala pembohongan nya itu dipercayai dan diterima tanpa soal
2. Mengikut Raja Petra Kamaruddin atau RPK itulah penyakit yang dialami Anwar sejak sekian lama
3. Sama seperti penagih rokok , bermula selepas saja bangit tidur , sebelum mandi , dan merokok sebelum tidur , itu dipanggil PENYAKIT KETAGIHAN
4. Saya sedar ramai penyokong tegar dan 'pencari makan' tidak akan bersetuju apabila Anwar disentuh seolah - olah beliau adalah seorang Nabi walaupun mungkin kenal dari jauh
5. Namun saya , salah seorang yang memenangkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO terpaksa CAKAP BENAR walaupun pahit sebelum
NASI MENJADI
BUBUR
6. Saya tidak berhasrat menyentuh sejarah lama bagaimana Dr. Mahathir 'KUTIP' beliau dari Kolej Yayasan Anda dan ABIM akhirnya di beri tempat dari jawatan Timbalan Menteri sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri , dari Ketua Pemuda ke Timbalan Presiden UMNO , dan saya juga tidak berhasrat menceritakan mengapa begitu ramai kawan - kawan SETIA beliau disatu masa dahulu seperti Ismail Mena , Zulkifly Nordin , Chandra Muzaffar dan Sidek Baba ( Alfateh ) ; Hishamuddin Rais dan yang terbaru Chegu Bad dan Tian Chua , salah seorang 'founder' PKR MENINGGALKAN beliau
7. Jika Najib dengan CASH IS KING 'membeli' , Anwar pula yang pandai berlakun 'berjanji' itu dan ini maka umum TERPAKSA berhati - hati sebelum termakan janji
8. Mengapa mereka semua tidak lagi bersama Anwar? Mereka diguna dan dijanjikan dengan berbagai janji manis ; mempersoalkan sesuatu jawap nya menempah maut ; dalam erti kata lain mereka ikut sahaja kemahuan dan 'kesukaan' nya tanpa perlu menyoal
9. Ini yang sedang berlaku dikalangan Menteri dan Timbalan Menteri , ikut dan ampu saja walaupun salah dan walaupun tahu apa yang berlaku
10. Kuasa yang ada BUKAN lah untuk menyerang ; sepatutnya Anwar menggunakan kuasa untuk membela rakyat BUKAN retorik dan terus :
MENANAM
TEBU DI BIBIR
11. Anwar PERLU MELAKSANAKAN SEGALA janji beliau selama mana melaungkan
R E F O R M A S I
25 tahun lepas dan bagi mendapat sokongan PRU
12. Tindakan membersihkan negara dari gegala rasuah dialu - alukan dan rakyat misti menyokong namun mengapa TIDAK diletakan terus dibawah Parlimen ?
13. Selepas disambung khidmat selama setahun lagi walaupun Rafizi PERNAH berjanji , "menang saja , esok Azam Baki , KP SPRM akan ditangkap" kini kita tahu Azam hanya bertindak mengikut arahan
14. Semasa melancarkan BPR ( Badan Pencegah Rasuah ) Tengku Abdul Rahman berpesan
"jika saya melakukan rasuah , tangkaplah saya"
15. Rakyat ingin tahu siapa yang membayai penggunaan jet dan helikopter peribadi untuk Anwar dan Nurul Izzah semasa kempen dulu ; mengapa tidak disiasat dan di dedahkan
16. Selain menghadapi 47 kes lagi , mengapa Anwar cuba MENUTUP. kes Kapal Peronda LCS ? yang membabitkan Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
17. Bukan ke Anwar juga menggotai Jawatankuasa Kabinet atau Cabinet Committee berhubung penggunaan Kalimah ALLAH semasa Dr. Mahathir menjadi Pertama Menteri ?
18. Mengapa secara senyap TANPA sesiapa pun memaklumkan kepada peguam yang mewakili Negeri MENARIK diri dari Mahkamah Rayuan ?
19. Anwar cuba memutar belitkan fakta dengan cuba mengaitkan Agong dan Raja - Raja Melayu dalam isu Kalimah Allah dengan harapan beliau 'menjadi hero'
20. Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pernah berkata :
YOU CAN
FOOL SOME
OF THE
PEOPLE
ALL THE TIME
AND SOME
OF ALL THE
PEOPLE
SOME OF THE
TIME , BUT
YOU CANNOT
FOOL ALL
THE PEOPLE
ALL THE TIME'
21. SEPANDAI
PANDAI
TUPAI
MELOMPAT
AKHIR NYA
JATUH
KE TANAH
JUA
22. Berubat lah segera penyakit PATHOLOGICAL LIAR yang dihadapi sebelum ianya menyangkit keseluruh Ahli Kabinet
Wassalam
Terima Kasih
Kih kih kih. Teringat lagu sepuluh budak hitam. Budak hitam ini je yang tinggal. Budak hitam yg sering sebut tin kosong tu pi mana? Balik india kut.
BalasPadam