Isnin, 3 Julai 2023

ANWAR AKUI MEMIKUL ZAHID


Memang timbalan saya ada kes rasuah, itu urusan mahkamah – Anwar

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri membidas pembangkang yang mendakwa usahanya membanteras rasuah tidak selari dengan tindakan melantik  Ahmad Zahid Hamid sebagai timbalannya.

Ini kerana Presiden UMNO itu berhadapan dengan kes melibatkan rasuah di mahkamah.

Anwar menjelaskan, beliau tidak pernah campur tangan dengan mengganggu perjalanan kes perbicaraan yang dihadapi Ahmad Zahid sepanjang menjadi perdana menteri sejak tujuh bulan lalu.

Malah beliau menyerahkan kes itu kepada mahkamah kerana kejayaan kerajaan yang lebih besar apabila telus dalam pemberian kontrak yang tidak melibatkan mana-mana kroni dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Ada orang bangkit Anwar ambil timbalan perdana menteri orang UMNO. Masih dalam siasatan (perbicaraan), saya tidak ganggu. Itu urusan mahkamah.

“Tetapi yang penting sejak tujuh bulan kita pegang kerajaan, satu kontrak pun kita tidak tolak-ansur.

“Tak boleh izin mana-mana keluarga menteri ambil kepentingan daripada projek itu. Bagi saya itu kejayaan besar, bagi mereka tidak nampak langsung hal ini,” katanya.

Beliau menjawab isu yang cuba dipermainkan pihak pembangkang apabila melaungkan usahanya membanteras rasuah dan perlu tatakelola baik namun mempunyai timbalan perdana menteri yang berdepan kes rasuah.

Ahmad Zahid ketika ini membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah.

Mengulas lanjut, Anwar juga pelik dengan tindakan pembangkang yang mempersoalkan beliau gagal menjadi perdana menteri dalam tempoh tujuh bulan.

Ujar beliau, dalam tempoh singkat itu mustahil untuk seorang perdana menteri membuktikan sesuatu sedangkan beliau mengambil alih kerajaan yang mempunyai hutang negara mencecah RM1.2 trilion. – 

WOIT

PEMBANGKANG

TIDAK FAHAM

AMIN

TANPA ZAHID

ANWAR TAK AKAN

 JADI PM

KAH KAH KAH

KEMPEN RASUAH

KEMPEN POLITIK

AMIN

KES ZAHID AKAN

TERUS DI TANGGUH

HINGGA PRU16

KAH KAH KAH

ATAU

UMUM KES ZAHID

LUPUS

AMIN

SEMUA BISA

DIATUR 

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

  1. bukan orang tak paham.. kempen ni adalah kempen anwar... bukan kempen pembangkang.. anwar hari kata rasuah2 .. nuar kempen tolak rasuah.. hari2.. tapi lupa dia punya tpm lanun.. kah kah kah

    BalasPadam
  2. 28 tahong dulu Zahid Totok memang tampak bak gadis ayu yg suci .. maksud gwa nampak jambu .. bak jambu biaweh .. rambut jambul kedepan, mata kuyu, muka iras Boigeorge. Jam tu Totok ni General Perang Abam .. jam tu Totok ni lah yang memula mengkuda gajah nyerang Sang Kutti Kerala .. maka jam tu bermula lah Battle Of The Bontot antara Abam vs Kutti.

    Sikalang Totok ni mato nyo dah semakin chemey .. memalam pon makai choghomin mato golap .. muko mula tumbuh panau itam .. gusi di salut gigi palsu .. bontot dah bersepah, apo pon jodoh Abam dongan Totok ni totap utoh.

    BalasPadam
  3. Ingat senang kah lawan budaya rasuah? Sudah turun temurun budaya dibaja sejak zaman Mahathir Mohammad, dibelai diasuh sampai zaman Najib baru bising, itu pun oleh orang yang tanam.pokok.rasuah kah kah kah pelik.kan?

    BalasPadam