Selasa, 25 Julai 2023

BERSETIA KAWAN DENGAN SITI KASIM


Lindungi aktivis daripada keganasan, ancaman, kata C4


KEGANASAN dan ancaman ke atas aktivis tiada tempat dalam mana-mana masyarakat, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) , merujuk kepada ancaman bom terhadap peguam/aktivis Siti Kasim baru-baru ini.

C4 berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menyeru polis mengutamakan siasatan dan mendedahkan identiti pelaku.

Ini katanya, bagi membolehkan pelaku dibawa ke muka pengadilan, terutamanya selepas Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan ia cubaan membunuh.

“Kami bersolidariti dengan aktivis menentang keganasan dan ugutan.

“Cubaan bunuh terhadap Siti Kasim baru-baru ini mencemaskan dan tidak boleh diterima sama sekali kerana ia menunjukkan persekitaran bahaya yang dihadapi oleh aktivis tempatan dan pembela hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 21 Julai, satu objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti - ia kemudiannya disahkan sebagai IED (bahan letupan buatan sendiri) oleh polis.

Razarudin berkata polis sedang mengesan pelaku yang meletakkan bom itu.

Menurutnya polis sedang mengesan cap jari pada bom dan menganalisis bukti lain untuk mengesan suspek.

“Bom itu (diletakkan di bawah kereta Siti) adalah jenayah yang serius dan adalah seperti cubaan membunuh. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis Kuala Lumpur,” beliau dipetik sebagai berkata.

C4 berkata, Siti telah lama berkempen bagi pihak Orang Asli, baik sebagai aktivis mahupun sebagai peguam yang membela mereka di mahkamah, dan kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum dia sepatutnya memandu ke Kelantan untuk hadir ke mahkamah.

“Siti juga terkenal dengan sikap lantang menentang ekstremisme agama di negara ini.

“Akibatnya, dia telah menghadapi banyak kritikan dan permusuhan daripada orang yang menentang kerja dan kepercayaannya.

“Kami menyeru pihak berkuasa untuk memberikan perlindungan yang diperlukan oleh Siti di bawah undang-undang.”

C4 berkata kerajaan mempunyai kewajipan mempertahankan hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara.

“Mereka yang menggunakan hak ini mesti dilindungi daripada ugutan dan ancaman terhadap nyawa dan anggota badan mereka.

“Oleh itu, siasatan terhadap perkara itu mesti dilakukan secepat mungkin dan efisien, mengutamakan penahanan individu atau kumpulan yang bertanggungjawab sebelum mereka boleh bertindak semula.”

Tambahnya perkara ini mesti dipandang serius oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan normalisasi dan peningkatan keganasan terhadap mereka yang bersuara menentang ketidakadilan seperti yang mereka lihat.

“C4 bersolidariti dengan Siti dan semua pembela hak asasi manusia.” – 25 Julai, 2023.

APAKAH

AKTIVIS NGO

AKAN DI ANCAM ?

AMIN

INI BAHAYA

INI MALAPETAKA

AMIN

MALAYSIA MENUJU

KE ARAH

AMERIKA LATIN

AMIN

WARTAWAN NGO

AKTIVIS DIBUNUH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan