Jumaat, 7 Julai 2023

EL NINO SAMPI KE MALAYSIA



MetMalaysia jangka El Nino meningkat hujung 2023 hingga awal 2024


FENOMENA El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90%, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 4 Julai lepas, serta memberitahu fenomena tersebut terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darjah Celcius berbanding nilai purata jangka panjang. 

“Fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan. Pada awal 2024, fenomena El Nino dijangka akan memberikan kesan lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak dengan negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu turut memaklumkan kesan daripada fenomena El Nino itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.

Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan. 

MetMalaysia turut menyarankan orang ramai supaya peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.

“MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 7 Julai, 2023.




DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

UMAT MANUSIA

MASIH SIBUK

BEREBUT KUASA

AMIN

SELAMATKAN DUNIA

HAPUSKAN

POLITIKUS

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan