Isnin, 10 Julai 2023

HADI & GUAN ENG DI SIASAT


Bukit Aman siasat Hadi, Guan Eng berhubung kenyataan 3R 

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang disiasat polis berhubung kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa DAP meneruskan rancangan British untuk memusnahkan ketuanan Melayu yang dibantu oleh orang Melayu yang sudah lupa asal usul mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, G.S. Suresh Kumar berkata kenyataan Hadi, dipercayai melalui Facebook, didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja).

Suresh berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.”

Sabtu lalu, menjelang pilihan raya negeri,  Hadi menyerang DAP, dengan mendakwa parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu meneruskan rancangan yang dimulakan oleh penjajah British untuk memusnahkan ketuanan Melayu dan Bumiputera dengan sokongan orang Melayu yang lupa asal usul mereka.

Beliau berkata DAP telah memilih jurucakap Melayu yang melupakan kemelayuan mereka dan mengabaikan Islam sebagai agama mereka, sambil turut melabel orang Melayu yang mempertahankan bangsa dan agama mereka sebagai rasis.

Dalam pada itu, Suresh juga berkata Bukit Aman turut menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku perobohan tokong jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pulau Pinang pada pilihan raya negeri.

Kenyataan Lim juga didakwa menyentuh isu “3R”, dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ akan memusnahkan kuil dan menafikan hak beragama di Pulau Pinang.

Lim menjawab dengan mengatakan kenyataan beliau dipetik secara salah oleh China Press dan MalaysiaNow.

Katanya, dia tidak pernah menyebut tokong Cina atau Buddha di Pulau Pinang, sebaliknya menyebut tentang perobohan kuil Hindu di Kedah pada 2020. – 10 Julai, 2023.

3R NI APA

KAH KAH KAH

REMBAT 

REMBAT REMBAT


KAH KAH KAH

NAK CAKAP HAL

MELAYU SUSAH

AMIN

NAK CAKAP HAL

CHINA SUSAH

AMIN

NAK NAK HAL

ISLAM SUSAH

AMIN

NAK CAKAP

HAL RAJA SUSAH

KAH KAH KAH

APA YANG BULEH

CAKAP ???

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan