Selasa, 25 Julai 2023

HADI TIBAI ANWAR LAGI



Tun M kembali pangkal perjuangan, Anwar teruskan perjalanan – Hadi

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan bekas Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamad ‘kembali ke pangkal perjuangan’ apabila bersama-sama Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu pernah bersama parti itu sebelum ini.


“Ahli Pas ialah Melayu yang tidak lupa. Sebenarnya Tun Mahathir pernah berada di atas pentas Pas ketika beliau dipecat daripada UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kapar di Selangor selepas peristiwa 13 Mei 1969.

“Sebelumnya, beliau bersama Pas menentang pelaksanaan jus soli,” kata Abdul Hadi yang membalas sindiran  Anwar Ibrahim apabila Dr Mahathir berdiri satu pentas dengan Pas baru-baru ini.

Beberapa media melaporkan, Anwar berkata, kehadiran Dr Mahathir berkongsi pentas yang sama dengan pemimpin Pas menunjukkan bekas perdana menteri itu sedang terdesak.

Anwar turut mengingatkan ketika berkuasa, Dr Mahathir ‘sangat kejam’ terhadap Pas dan penyokong parti itu termasuk peristiwa berdarah Memali.

Abdul Hadi dalam kenyataan hari ini mengingatkan ketika kejadian, Anwar juga bersama-sama Dr Mahathir di dalam kerajaan.

“Selepas dia menyertai UMNO dan memberi rupa Islam dan wajahnya kepada UMNO bagi menghadapi pengaruh Pas yang kembali bangkit selepas kehilangan Kelantan sebelumnya.

“Bersama topeng Islamisasinya, Anwar berkempen di seluruh dunia Islam dan kepada NGO Islam dengan mewajahkan Pas sebagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh Pas,” dakwa Abdul Hadi.

Abdul Hadi juga mendakwa, Anwar berusaha menguasai UMNO bersama pasukannya bagi mendapatkan kuasa sehinggalah dia dipecat.

Anwar kemudiannya bekerjasama dengan DAP berkonsepkan wala’ yang diharamkan, dakwanya.

Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa Anwar memasukkan pengikutnya ke dalam UMNO dan memecahkan parti itu kepada kumpulan yang lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Pas  menurut Abdul Hadi, hampir mengalami nasib yang sama namun berjaya menyingkirkan pihak yang mahu mengkhianati parti itu.

“Kini, dia sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP. Apabila DAP meletakkannya menjadi poster boy bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“Tun Dr Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya,” katanya.

WOIT

HADI KATA

ANWAR PAKAI

TOPENG ISLAM

KAH KAH KAH

SEMUA JAJA 

AGAMA UNTUK

DAPAT UNDI

KAH KAH KAH

INI PERGADUHAN

ISLAM TOPENG

LAWAN  TALIBAN 

KAH KAH KAH

KHALAS 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan