HARAMKAN UMNO
KHALAS
UMNO sudah patut lama di haramkan.
2. Dan dia menuduh yang hendak mengharamkan UMNO kali kedua ialah Dr Mahathir Mohamad. Dan kaitkan perjumpaan Dr Mahathit Mohamad dengan Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.
3. Jika saya di tanya orang, Adakah UMNO perlu di haramkan atau di bubarkan? Saya akan jawab secara tegas ia itu ya, perlu diharamkan.
4. Dan pasti akan ada soalan kedua. Kenapa hendak di haramkan?. Bukankah UMNO berjasa besar kepada orang Melayu dan Negara ini.
5. Sebelum perang 1941. Orang Melayu sudah ada partinya dari Kesatuan Melayu Muda ke. Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PEKEMAM. Anggota parti ini nasionalis Melayu dan Islam anti penjajah (British)
6. Pihak British sudah merancang penubuhan satu parti Melayu yang boleh di kawal dan berpihak kepadanya sebelum perang tahun 1941.. bermula di tahun 1938.
7. British sangat bimbang dengan gerakan PKM-Parti Komunis Malaya yang di daftarkan sendiri oleh British. Pihak intelijen British sangat bimbang jika kedua Parti itu bersatu.. kerana kedua parti berhaluan kiri.
8. Maka British menggunakan pendekatan Durbar Sri Menanti yang mahu membentuk komsep Malayan Union salepas tamat perang1945.
9. British pun mengumumkan cadangan Malayan Union. Sebelum itu British tahu bawa orang Melayu akan berpecah. Tetapi akan bersatu dan dapat di kawal jika pihak menentang ada pemimpin.
10. Maka di sini Onn Jaafar seorang pendidikan barat dan pernah membesar di England di tunjuk sebagai Hero Melayu menumbangkan Malayan Union. Itu sebab tidak ada seorang pun di tangkap oleh British yang menentang Malayan Union.
11. Ramalan British tepat. PEKEMAM memberikan sokongan di wujudkan Malayan Union. Satelah UMNO di tubuhkan dan konsep Durbar Sri Menanti 1935 di terima ia Itu wujud Persekutuan Tanah Melayu. PKM dan PEKEMAM di haramkan.
12. Kesimpulan UMNO memang satu parti pendukung British. Pegawai MCS di benarkan menyertai parti ini saperti Tun Razak Hussein. Untuk beberapa tahun. British menyediakan seorang Inggeris menjadi penasihat Undang-undang UMNO.
Itu sebab saya tidak mengikut Parti Semangat 46, walau pun saya penyokong tegar Tengku Razaleigh. Kerana UMNO tahun 1988 adalah parti Melayu yang di lahirkan salepas Merdeka. -zmy
Sang Kelambai - Zahrin Mat Yassin
Julai 17, 2023
Kuala Lumpur.
kalau umnon haram siapa nak sokong nuar....
BalasPadam