Isnin, 31 Julai 2023

LAWAK BERIDIRI DARI AZAM BAKI


Pengumuman geran ratusan ribu Zahid bukan rasuah, kata SPRM


Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemberian geran ratusan ribu ringgit kepada beberapa pertubuhan di Terengganu sebagai balasan kepada sokongan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan bukan satu bentuk rasuah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. 

Beliau berkata agensi anti rasuah itu menyifatkan pemberian geran tersebut adalah sebagai peruntukan Persekutuan.

"Ini adalah sebuah kerajaan pemerintah yang boleh melaksanakan inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

"Pada hemat saya, tiada masalah berhubung isu pemberian geran ini kerana ia merupakan inisiatif kerajaan. Jadi kalau inisiatif peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, ia tiada unsur rasuah," kata Azam dipetik Sinar Harian.

Pendirian Azam nampaknya bercanggah dengan amarannya awal tahun ini bahawa sebarang bentuk wang yang diberikan sebagai pertukaran undi adalah satu bentuk rasuah.

"Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

"Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak," Azam dipetik oleh akhbar yang sama pada 24 Januari lalu.

Berucap di Terengganu pada 28 Julai, Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk sebuah pertubuhan belia, yang akan disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). 

Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 kepada persatuan penunggang motor, sambil menambah bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian akan "menambah" jumlah itu. 

Zahid ketika itu berkata peruntukan tambahan itu adalah dengan syarat bahawa golongan belia di Terengganu akan menyokong "gelombang biru dan merah", merujuk kepada gabungan BH-PN yang berhasrat untuk merampas negeri tersebut pada pilihan raya 12 Ogos.

Pengumuman Zahid dibuat sehari selepas Anwar sendiri mengumumkan pemberian RM100 dalam bentuk kredit e-tunai kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dewasa, satu langkah yang disiarkan di media sosial sebagai satu bentuk "gula-gula pilihan raya". 

Azam berkata peruntukan tersebut bukanlah satu bentuk rasuah. 

Semalam, satu laporan polis dibuat terhadap Zahid oleh Muda, menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap beliau kerana memberi rasuah pilihan raya.

"Kita mengecam tindakan menggunakan dana (kementerian) sebagai modal berkempen daripada mana-mana kerajaan sekalipun. Apatah lagi apabila disebut dengan jelas oleh timbalan perdana menteri yang juga merupakan menteri kemajuan desa dan wilayah," kata parti itu dalam satu kenyataan.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang membidas Zahid, menyifatkan tindakan presiden Umno itu sebagai "menormalisasi rasuah", manakala bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata perkara itu adalah sangat serius. 

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau tidak yakin ia akan disiasat oleh SPRM.

"Di bawah Akta Pencegahan Rasuah, sogokan pada bila-bila waktu tak dibenarkan. Ini sogokan," katanya dalam edisi terbaru "podcast" Keluar Sekejap.

WOIT

INI LAWAK BERDIRI

PALING BAIK

DARI AZAM BAKI

KAH KAH KAH

AZAM JUJUR

DIA TAHU DIMANA

DAPAT  BELI

BERAS

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

YANG LAIN

TAK FAHAM

APA TUGAS 

SPRM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan