Kemuka undi tidak percaya kalau mahu jatuhkan saya – Anwar
SUBANG – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk kemuka usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Seruan itu ditujukan kepada pihak yang cuba menjatuhkannya selain beliau turut menjamin usul itu tidak akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.
“Saya tidak sekat jika Pas atau Bersatu kalau mahu bawa usul itu di Dewan Rakyat. Saya bukan macam Muhyiddin Yassin, bila ada usul itu terus umum darurat.
“Silakan, saya beritahu speaker Dewan Rakyat tak cukup dua minggu, tiga hari notis pun boleh, sila bawa tapi tak ada pun,” katanya ketika berucap pada program Arus Merah Kuning di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar menegur pembangkang untuk tidak bersikap angkuh kononnya akan mengambil alih kerajaan pusat menjelang Ogos ini.
“Saudara, kita ada sokongan yang kukuh, tak perlu ‘gebang’ (sembang besar) konon mahu ambil alih kerajaan, susah harapan kamu itu mahu terlaksana kerana kerajaan hari ini kuat.
“Saya ambil alih November lalu, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) kata tiga bulan sahaja bertahan tapi ia tak berlaku,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menyindir Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri kerana boros membelanjakan wang rakyat sehingga RM38 juta demi baik pulih Kompleks Seri Perdana.
Dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Muhyiddin seorang pemimpin yang hipokrit kerana berlakon memperjuang agama dan bangsa namun tindakannya menidakkan hak rakyat yang dihimpit kemiskinan.
“Peranan Muhyiddin ini penting tapi dia buat apa? Dia pergi baiki Sri Perdana sampai jadi macam istana dengan kos belanja RM38 juta.
“Mana para ustaz Pas? Bukankah ada antara rakyat yang tak cukup makan, orang tak ada kerja, orang miskin tapi kamu (Muhyiddin) lebih pilih baiki Sri Perdana. Allahuakbar, apa jenis manusia beliau ini,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyeru para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menolak pemimpin yang menjarah wang rakyat demi kepentingan peribadi. –
Lebai lupa Sabah Sarawak ada kuasa menentu siapa PM, jangan dok sembang tipu Melayu lagi, kalau semua negeri PN menang pun tak jadi apa apa kah kah kah malu sekejap adakah? Kah kah kah DUN lain Parlimen lain faham kan? Kah kah kah
BalasPadamIni org dia mana datang... tak payah ajar itik berenang la pmxy+c... tuggu je la nasib lu org... Team lu rancang, team lebai rancang...
BalasPadam