Jumaat, 7 Julai 2023

RAMALAN TUKAR TIUB BETUL !!!


Rosmah dapat tangguh kes rayuan solar hibrid

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan yang sepatutnya mendengar kes rayuan rasuah projek solar hibrid  Rosmah Mansor minggu depan telah menangguhkannya pada saat-saat akhir hari ini.

Rosmah telah memohon untuk menangguhkan kes itu yang sepatutnya bermula minggu depan selama empat iaitu 11 hingga 14 Julai ini.

Tiga panel hakim yang bersidang hari ini dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu.

Kata Hakim Azizah, permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding ini merupakan kali pertama sementara menunggu satu rayuan lain didengar di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Rosmah membolehkan rayuannya berkaitan pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes berkenaan diputuskan Mahkamah Persekutuan terlebih dulu sebelum Mahkamah Rayuan mendengar kes rasuah itu.

Rosmah ketika ini sedang merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang diputuskan terhadap beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Pada 1 September 2022, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah tersebut.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmah selepas mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan.

Sekiranya Rosmah gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama 30 tahun.

Rosman didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah dalam petisyen rayuannya telah mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa Hakim Mohamed Zaini merumuskan pem­belaannya adalah penafian kosong semata-mata sebagai tidak munasabah. –

RAMALAN

TUKAR TIUB

TEPAT BETUL

AMIN

INI KERENAH

ROSMAH NAK

LAMBATKAN

MASUK JIL

AMIN

NANTI AKAN 

ADA RAYUAN

MENOLAK PEN

DAKWAT ITAM

YANG DI PAKAI 

OLEH HAKIM ZAINI

AMIN

KALAU GAGAL 

AKAN BUAT 

RAYUAN TUNTUT

HAKIM PAKAI

DAKWAT MERAH

MASA TULIS NOTA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Tolong TT tolong minta tolong jangan lapor pasal Rosmah lagi, tak mampu melihat mendengar membaca begitu hina sistem keadilan negara melayan seorang pencuri perasuah sudah jatuh hukum satu dunia dah tahu tapi masih begitu, tolong setiap dengar cerita dia hidup semakin meluat wuek kah kah kah

    BalasPadam