Khamis, 13 Julai 2023

RASUAH PERLU UNDANG UNDANG BARU


Bukan Melayu majoriti pemberi rasuah, Melayu penerima, kata bekas pegawai SPRM

Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui lebih ramai orang bukan Melayu menjadi pemberi rasuah, manakala penerimanya kebanyakan Melayu.

Komen bekas pegawai kanan itu hadir sehari selepas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mengaitkan orang bukan Melayu terlibat dalam aktiviti rasuah, yang turut mengundang kritikan DAP.

Memetik laporan Berita Harian, Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata kelazimannya, kegiatan rasuah ini membabitkan para peniaga sebagai memberi sogokan kerana mahukan sesuatu manfaat kepada perniagaan mereka.

Beliau yang juga bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM menegaskan kumpulan pemberi juga adalah mereka yang mempunyai kekayaan berbanding penerima.

"Pemberi rasuah yang kebanyakan bukan Melayu dikesan terbabit dalam aktiviti rasuah itu disebabkan 'nature of business'.

"Mereka yang memberi rasuah biasanya mahukan sesuatu sama ada nak dapat projek, lesen atau permit atau nak cepatkan proses perkhidmatan.

"Mereka ini 'willing to offer' (sanggup memberi), selagi mereka dapat apa yang mereka kehendaki dan si penerima adalah mereka yang sememangnya orang tak berduit, yang biasanya orang Melayu," katanya dipetik laporan Berita Harian Online, semalam. 

Bagaimanapun, Shamsun menegaskan sepanjang perkhidmatannya di SPRM, agensi itu tidak pernah menguruskan siasatan hanya semata-mata faktor kaum, agama atau bangsa pelaku sebaliknya berdasarkan laporan-laporan yang diterima.

Komen Shamsun timbul selepas tercetusnya polemik daripada kenyataan Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak di negara ini.

Ketika bercakap dalam “podcast” Keluar Sekejap pada Selasa, beliau mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap atas kesalahan memberi dan menerima rasuah.

Katanya, dakwaannya itu benar dan boleh dibuktikan dengan fakta selain menuding jari kepada DAP yang didakwa mula memainkan naratif yang sama terhadap pemimpin Melayu.

Kenyataan tersebut kemudiannya ditentang oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyifatkan kata-kata Sanusi sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Beliau turut mencabar Sanusi mengemukakan bukti terhadap kenyataannya atau membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Dalam pada itu, Shamsun menjelaskan pemberi dan penerima yang dikaitkan dengan kaum tidak sepatutnya menjadi isu kerana siasatan SPRM adalah berkaitan dengan kesalahan rasuah dan kedua-dua perbuatan itu adalah kesalahan jenayah.

Tambahnya lagi, sewaktu dalam perkhidmatan, beliau mendapati mereka yang menerima rasuah adalah kebanyakannya beragama Islam dengan 47% daripadanya adalah penjawat awam.

WOIT

MASA DAH TIBA

BUAT UNDANG2

BARU

AMIN

PEMEBERI JUGA

WAJIB DIHUKUM

AMIN

SEKARANG YG

MENERIMA SAJE

YANG KENA DAKWA

AMIN

PEMBERI JADI

KAYA RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan