Khamis, 20 Julai 2023

SANUSI - KES CURI


SPRM mahu panggil Sanusi untuk siasatan kes curi REE

AGENSI antirasuah mengesahkan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor akan dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata pihaknya masih lagi belum menetapkan tarikh untuk memanggil Sanusi memberi keterangan.

Azam memberitahu pemberita, Sanusi akan dipanggil memandangkan terdapat dokumen tular yang menyebut nama menteri besar tersebut berkaitan kes berkenaan.

“Ada surat viral di internet, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md. Nor pun akan dipanggil sebab dia tandatangan surat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Cakna Rasuah bersama Media peringkat Zon Timur di Kuala Nerus, Terengganu.

Tambahnya setakat ini SPRM memanggil seramai 12 orang saksi melibatkan pegawai Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang terlibat dalam perlombongan REE tersebut.

Katanya SPRM juga sedang mengesan beberapa saksi dari China untuk melengkapkan siasatan.

“Saksi dari China itu dikatakan membuat pelaburan kepada (aktiviti) perlombongan REE ini,” katanya.

Azam turut menolak SPRM ditekan pihak tertentu untuk mempercepatkan siasatan kes REE memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

Beliau berkata kes itu hanya kebetulan berlaku dalam tempoh ini.

“Tiada siapa menekan kami, ini cuma secara kebetulan. Sama ada kerana PRN atau tidak, ia bukan masalah.

“SPRM dalam hal berkaitan apa juga isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan, yang ada merit untuk siasat, kita siasat,” katanya.

SPRM semalam mengumumkan mereka menahan reman pegawai tertinggi MBI dan seorang pengarah syarikat berkaitan kes itu.

Siasatan tertumpu ke atas dakwaan rasuah lebih RM13 juta dalam perlombongan nadir bumi haram melibatkan pihak berkuasa negeri dan menyebabkan kerugian kepada negeri. – 20 Julai, 2023.


WOIT

INI BERAT

AMIN

MELIBATKAN

RASUAH DARI

CHINA MERAH

AMIN

TIADA AMPON

BAGI MU

AMIN

BILA DAH JATUH

BANGLA PUN

BERANI KENCING

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan