Khamis, 24 Ogos 2023

7 OKTOBER MENDUGA SOKONGAN MELAYU


SPR umum PRK DUN Pelangai 7 Oktober

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 23 September dan 3 Oktober.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN Pelangai. 

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. 

Selain Johari yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, sembilan lagi terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu. 

PRK DUN Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas.

Abdul Ghani berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK DUN Pelangai adalah terkini sehingga DPPR Tambahan Bulan Mei 2023 yang dikemas kini sehingga 17 Ogos 2023.

“’DPPR bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih, terdiri daripada 16,417 orang pengundi biasa, 36 orang anggota polis dan 3 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara,” katanya.

Menurut beliau sebanyak RM2.1 juta perbelanjaan diperlukan bagi melaksanakan PRK DUN Pelangai dengan 312 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK itu, dan seorang pegawai pengurus pilihan raya yang dibantu tiga orang penolong pegawai pengurus telah dilantik bagi melaksanakan proses PRK tersebut.

Beliau berkata PRK itu akan menggunakan sembilan pusat mengundi biasa yang mengandungi 30 tempat mengundi dan saluran, dan satu tempat mengundi dan saluran awal.

Abdul Ghani berkata pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRK DUN Pelangai adalah di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Sementara tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 23 September sehingga pukul 11.59 malam pada 6 Oktober 2023.

“Dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya ditubuhkan SPR bagi memantau aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen,” katanya menambah pasukan itu dianggotai wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding.

Menurut Abdul Ghani urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini secara dalam talian (online).

Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 19 Sept bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media),  2 Sept bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 5 Sept bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

Semakan untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dilakukan melalui portal di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau hubungi hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 yang mula dibuka pada 18 Sept.

Abdul Ghani menyeru bakal calon PRK berkenaan untuk mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang dengan Pejabat Pegawai Pengurus terlibat atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum Hari Penamaan Calon untuk memudahkan proses penamaan calon.

Bagaimanapun, kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus hendaklah dikemukakan oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon (PPC) yang ditetapkan oleh SPR.

Abdul Ghani berkata SPR juga menjemput mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi melihat perjalanan proses PRK bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.

“Mereka dibenarkan untuk membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan pusat penjumlahan rasmi undi serta perlu mematuhi kesemua syarat-syarat pelantìkan yang telah ditetapkan,” katanya. – Bernama, 24 Ogos, 2023.

JENG JENG JENG

INI GARIS MERAH

UNTUK MENDUGA

SOKONGAN MELAYU

AMIN

MAJORITI PENGUNDI

MELAYU DI PELANGAI

AMIN

NAK TENGOK

GEROMBOLAN KUAT

ATAU 

PERIKATAN KUAT

AMIN

KEPUTUSAN AKAN

MEMBAWA SATU

SENARIO BARU

JENG JENG JENG

SENARIO APA?

JENG JENG JENG

SENARIO 7 YB

LARI DARI 

GEROMBOLAN

AMIN

KALAU PAKATAN 

MENANAG PROJEK

BERJALAN

KAH KAH KAH

JIKA PAKATAN KALAH

PROJEK AKAN 

BUNGKUS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan