Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu
BANGKOK: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, pada Isnin secara rasmi menubuhkan Kursi Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.
Pejabat bekas Perdana Menteri itu, dalam kenyataan memaklumkan, penubuhan kursi itu diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis, di sini, pada Isnin
"Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.
Sementara itu, Ismail Sabri, bekas Perdana Menteri , mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.
Beliau berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara berkenaan.
"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.
"Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.
-- BERNAMA
ko tt kejak si=okong kejak kutuk kejak sokong kejak kutuk.... dah gila ke ?
BalasPadamini cerita mimpi penyu..mana mungkin org2 jawa menerimanya bro..melayu itu adalah melarikan diri bro..seingat gua, ada prof2 siam kata bahasa melayu yg ori hanya la cuma beberapa kerat je, yg lain nya adalah cedokkan dari bahasa lain..apapun kiblat melayu kedua adalah kota london, british..satu part, melayu anti brisih,satu part melayu cinta kota london..bila nak hapuskan perlembagaan british?
BalasPadam