Rabu, 2 Ogos 2023

KEMBALI KE JALAN RAYA



Penduduk PJ masih tidak yakin pembatalan PJD Link


PENDUDUK Petaling Jaya (PJ) masih tidak yakin yang cadangan projek Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) benar-benar dibatalkan.

Walaupun mengalu-alukan keputusan pembatalan projek itu oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, namun perkara itu nampaknya belum selesai sepenuhnya dan boleh dihidupkan semula.

Ia susulan kenyataan Amirudin selepas pengumuman pembatalan projek yang ia mungkin dihidupkan semula jika pemaju memenuhi keperluan diperlukan.

Pemimpin Gabungan Membantah Lebuhraya PJD Link Sheikh Moqhtar Kadir berkata ini menimbulkan keresahan dan ketidaktentuan kepada penduduk.

“Kebimbangan ini mesti dihentikan. Batalkan sahaja projek itu. Kami percaya isu ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Kami harap ini bukan gimik pilihan raya, tetapi menteri besar harus bertindak dan menghapuskannya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Isnin, Amirudin berkata kerajaan Selangor membatalkan projek kontroversi PJD Link kerana ia tidak memenuhi syarat kerajaan negeri, khususnya yang berkaitan dengan impak sosial projek.

“Justeru, kerajaan negeri tidak bercadang meneruskan (projek) itu dan memutuskan menolak permohonan pemaju Lebuhraya PJD Link,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, beliau dilaporkan berkata dalam acara Pakatan Harapan yang projek itu mungkin akan dihidupkan semula jika pemaju memenuhi syarat ditetapkan oleh negeri dan mendapat kelulusan daripada rakyat.

“Namun, buat masa ini kita tidak boleh berbuat demikian kerana beberapa syarat masih belum dipenuhi,” katanya.

PJD Link yang dicadangkan mempunyai laluan berkembar sepanjang 25.4km bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya SPRINT di Damansara dan berakhir di persimpangan lebuh raya Bukit Jalil.

Projek itu dirancang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menampung pertumbuhan masa depan di Lembah Klang.

Pemaju PJD Link menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan pada 5 April 2022.

Penduduk Petaling Jaya membantah projek itu dan meminta pelan pengangkutan awam yang komprehensif.

Batalkan PJD Link semasa sidang DUN

Sheikh berkata jika Amirudin terus menerajui negeri itu selepas pilihan raya, maka perkara itu mesti dibangkitkan pada sidang DUN pertama mereka.

Beliau juga berkata keputusan membatalkan projek itu mestilah selari dengan kerajaan persekutuan.

“Jadi, penilaian ini perlu dimaklumkan kepada kerajaan persekutuan.

“Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi tidak boleh mempunyai proses penilaian yang berbeza (mengenai PJD Link).

“Dengan keputusan Amirudin berhubung keputusan ini, perkara yang sama harus terpakai dengan kerajaan persekutuan. Keputusan (untuk membatalkan) harus selari.”

Sheikh menambah, jika kerajaan negeri sudah membuat keputusan, maka perlu ada gerakan proaktif daripada kerajaan pusat untuk meneliti perkara ini.

“Kami juga merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meneliti perkara ini.

“Perlu ada penutupan dan muktamad di peringkat negeri dan diikuti oleh kerajaan persekutuan.” – 2 Ogos, 2023.



KALAU MULA

KEMBALI JANGAN

RISAU

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KEBALI

KE JALAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan