Mahkamah lepas dan bebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan rasuah
KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin hari ini berjaya dalam permohonannya dalam membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan RM232.5 juta.
Mahkamah Tinggi yang membuat ketetapan itu sekaligus melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada keempat-empat pertuduhan dihadapinya.
Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin ketika membuat keputusan memutuskan keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.
Muhammad Jamil berpandangan andai perbicaraan itu diteruskan Muhyiddin tidak akan dapat pembelaan sewajarnya selain menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta. -
Cerita apa psal sprm tt? Baik kita cerita pasal tuan Hakim yg sama pun bebaskan Musa aman 46kes, Dan peguam Najib - shafee.
BalasPadam