Rabu, 30 Ogos 2023

OMBAK MELAYU ISLAM DI JERAM


Penganalisis jangka Amanah sukar pertahan Simpang Jeram

AMANAH berdepan laluan sukar dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung di Johor ekoran kelemahan parti itu dalam menarik pengundi Melayu, kata penganalisis politik.

Walaupun ia mampu menang di kerusi negeri Pulai, parti itu berisiko tewas di kerusi negeri Simpang Jeram ekoran komposisi pengundi Melayu yang tinggi di situ, menurut Ilham Centre.

Pengarah eksekutifnya Hisomuddin Bakar berkata risiko kekalahan di kerusi DUN itu lebih tinggi atas faktor peralihan pengundi Melayu yang cenderung kepada Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, sokongan besar pengundi bukan Melayu bagaimanapun dijangka tetap memihak kepada Pakatan Harapan (PH), jelasnya.


“Pokok pangkalnya kekuatan Amanah di dua kawasan ini adalah kerana kerusi bercampur, yang memang jadi kelebihan PH dan Amanah kerana mereka dapat sokongan tinggi pengundi bukan Melayu.

“Tapi jika peratusan pengundi Melayu yang keluar terlalu sikit mungkin akan jejas majoriti yang diperolehi,” katanya.

Oleh itu, Barisan Nasional (BN) yang menganggotai kerajaan perpaduan perlu peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah juga

“Simpang Jeram situasi berbeza kalau pengundi bukan Melayu turun sangat rendah dan pengundi Melayu tinggi dan sokong PN seperti  dalam pilihan raya negeri (PRN) lepas, Amanah akan terdedah bahaya,

“Kalau mereka nak lepasi garis kemenangan Amanah perlu mendapatkan undi sokongan daripada BN,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut beliau berkata Amanah sukar menarik sokongan pengundi Melayu kerana dilema parti itu yang mahu lari daripada imej parti Islam dan Melayu.

Amanah ditubuhkan oleh kumpulan bekas pemimpin parti PAS yang dikenali sebagai golongan profesional atau progresif ekoran pertembungan dengan golongan agamawan parti itu pada 2015.

Kumpulan pemimpin profesional ini menolak keputusan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat gabungan antara PAS, PKR dan DAP.

Hisomuddin berkata Amanah mahu dilihat sebagai parti yang diterima semua seperti mana ketika PAS dipimpin Nik Aziz Nik Mat.

“Sebab itu kita lihat Amanah banyak tertumpu di kawasan bandar atau separa bandar. Kawasan yang mereka pernah menang dulu.

“Cuma polemik identiti Amanah ini sebenarnya memberi kesan dan ia tidak menangkap imaginasi pengundi Melayu,” katanya

Pandangan serupa dinyatakan penganalisis Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali yang melihat PRK Pulai dan Simpang Jeram tersebut sebagai ujian ke atas kekuatan jenama PH.

Bacaan di atas kertas mungkin menunjukkan kemenangan PH di kerusi Pulai namun tentangan lebih besar PN dijangka ditumpukan di Simpang Jeram, katanya.

“PRK kali ini bukan soal Amanah sangat, tapi ia lebih kepada jenama PH, sebab kalau bertanding atas nama Amanah sahaja mungkin kalah.

“Cuma untuk kerusi Simpang Pulai, PH boleh bertahan tapi mungkin majoriti kurang atas faktor kita andaikan undi BN akan berpecah.

“Dan juga peratusan keluar mengundi ia juga akan mempengaruhi keputusan,” katanya.

Jelasnya lagi, PAS mempunyai pengaruh besar di Simpang Jeram, selain kedudukannya yang berhampiran dengan Pagoh yang dikuasai Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

“Peluang 50-50 sebab dulu Simpang Jeram dikenali sebagai Sungai Abong dan PAS pernah menang dua kali di situ.

“Maksudnya situ adalah kubu kuat PAS juga selain faktor kawasan itu berdekatan dengan Pagoh dan Muar yang merupakan kawasan Pengerusi PN Muhyiddin.

“Kita tak boleh nafikan pengaruh Muhyiddin juga,” katanya.

Jangkaan itu juga mengambil kira kemungkinan berlakunya faktor perpecahan undi daripada calon bebas yang akan menjadi penentu sama ada PN atau Amanah akan menang, tambahnya.

Oleh itu, Amanah perlu berubah dengan mengambil pendekatan berbeza dengan PKR atau DAP yang masih menumpukan platform media sosial untuk mendekatkan diri dengan pengundi.

Mazlan berkata Amanah perlu lebih agresif dan turun ke akar umbi untuk mendekati pengundi Melayu.

“Mereka kena dekat dengan institusi Melayu. Kena pergi kepada akar umbi. Sebab kalau ikutkan Amanah ini ada kelebihan, mereka macam parti PAS yang ada agamawan. Jentera Amanah berasal daripada PAS.

Jelasnya, Amanah perlu bersaing dengan PAS yang membina kekuatan melalui institusi keagamaan seperti struktur jawatankuasa masjid dan program pendidikan.

“Sebab kita tengok PAS ini pengaruh dia kuat kerana dekat dengan akar umbi. Mereka pergi ke masjid dan dalam masjid itu sendiri ada jawatankuasa PAS.

“Kemudian PAS ada program pendidikannya sendiri, jadi kunci untuk tarik orang Melayu ini kena turun padang dan dekati mereka.

“Tapi tak bolehlah nak buat langkah itu masa nak dekat pilihan raya kerana ia memerlukan proses yang lama,” katanya.

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak pada 9 September susulan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

PH menamakan bekas speaker DUN Johor Suhaizan Kayat yang bertanding atas tiket Amanah di kerusi Parlimen Simpang Pulai.

Suhaizan akan dicabar Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi bertanding atas tiket bebas.

Manakala bagi kerusi DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman (Amanah) akan dicabar Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas, S Jeganathan. – 30 Ogos, 2023.
 

AMANAH JUGA

TERRLIBAT

MEMIKUL KAVADI

AMIN

AMANAH TERPAKSA

MEMIKUL 

KLEPTOKRAT

AMIN

AMANAH TERPAKSA

BERSAMA 

MAT SAKAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan