Isnin, 21 Ogos 2023

PAS JUAL ISLAM TALIBAN


Mujahid dakwa kerajaan Pas Kelantan miliki pemikiran “takfiri siyasi”

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah,  Mujahid Yusof menyifatkan pemikiran Islam ala Pas adalah hadiah pemberian ke atas rakyat Kelantan setelah proses demokrasi dibuat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Menurutnya, pemikiran “takfiri siyasi” kini menguasai kerajaan Pas Kelantan.

Beliau mendakwa, ucapan Menteri Besar Kelantan yang baharu pada kuliah Jumaat di Kota Bharu jelas mengisyaratkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai tontonan mahu melawan perjuangan Islam.

“Jelaslah, pemikiran ‘takfiri siyasi’ menguasai pemikiran Kerajaan Negeri Kelantan iaitu pemikiran menganggap seteru politiknya sebagai tidak perjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif perjuangkan Islam.

“Kesan pemikiran takfiri siyasi memecah-belahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam yang ‘dipenjarakan’ secara monopoli politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud melabel dua orang ADUN pembangkang di negeri itu sebagai mereka yang menolak perjuangan Islam.

Dalam satu video yang tular, Mohd Nassuruddin mengeluarkan kenyataan itu dipercayai ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Kelantan, semalam.

Dalam pada itu Mujahid mencadangkan agar kerajaan pusat menegur sikap pemimpin Pas itu kerana ia boleh menjejaskan imej Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

“Rakyat Kelantan telah membuat keputusan dan kita perlu menghormati pilihan mereka namun menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menegur unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” ujarnya.



WOIT

APA YANG JELAS

ISLAM NI ADA

BERMACAM JENIS

AMIN

ADA ISLAM SAUDI

ADA ISLAM LIBERAL

ADA ISLAM BOSNIA

ADA ISLAM BUDAYA

ADA ISLAM NUSANTARA

AMIN

YANG PAS BAWA

ADALAH JENIS

ISLAM TALIBAN

AMIN

ISLAM TALIBAN YG

KLIM ISLAM

MILIK PAS 

 SAJA YANG BETUL

AMIN

ISLAM MENYUSAHKAN 

HIDUP

YANG BANYAK

MELARANG DAN

BANYAK 

MENGHUKUM

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. TT, lagi baik ikut macam gua. Gua mau masuk neraka. Tak payah nak jadi alim sebab nak masuk syurga dan main dengan bidadari bermata jeli. Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam