PN cadang tema, logo Hari Kemerdekaan berbeza
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan tema dan logo Hari Kemerdekaan Ke-66 yang berbeza dengan yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tema yang dipilih adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ selaras dengan usaha menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memekarkan kecintaan rakyat terhadap negara.
Menurut beliau, logo yang berasaskan bunga raya memaparkan empat warna dalam Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah.
Namun, biru yang digunakan adalah sama dengan warna bendera PN yang dikatakan membawa maksud perpaduan.
“Apa yang lebih penting ialah yang kita mahu kekalkan bagaimana konteks Malaysia Sejahtera itu yang akan terhasil apabila kita meneguhkan Muafakat Rakyat yang menjadi tunjang sehingga kepada hari ini,” katanya dalam kenyataan media sempena pelancaran tema dan logo tersebut, hari ini.
Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.
Sementara itu, netizen memberi reaksi kurang senang terhadap cadangan PN tersebut yang dilihat tidak selaras dengan hasrat gabungan parti politik itu yang mahu menggalakkan amalan politik matang dan sejahtera.
Malah, pemilik akaun Facebook ‘Hanafi Zakaria’ menyarankan agar idea tersebut dibatalkan kerana ia tidak baik untuk negara.
“Macam mana pun biar konsep sama dengan kerajaan Persekutuan,” jelasnya.
Pemilik akaun Facebook ‘Fuad Ahmad’ pula berharap para penyokong PN membantah cadangan tersebut bagi mengelakkan rakyat berpecah-belah.
“Sudahlah sentimen bangsa, agama tak pernah nak selesai.
“Ni bawa pula sentimen negeri sampai nak berbeza sambutan Hari Kemerdekaan,” katanya. –
Wajib menentang jalur gemilang sebab bawa budaya kafir. Kita tak pakai jalur, kita pakai buntat buntit bulat bulat, melambangkan Isley kata tuan guru pengat taik.
BalasPadam