Ahad, 6 Ogos 2023

POLIS PANTAU POLIS KAYA !!!



Polis pantau anggota, pegawainya hidup mewah, lapor media


POLIS DiRaja Malaysia (PDRM) akan memantau pegawai dan anggotanya yang dikesan hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan mereka, lapor Mingguan Malaysia.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan membuat profile mereka yang memiliki aset atau berbelanja lebih daripada gaji.

“Mengambil contoh, jika gaji pegawai itu RM8,000 dengan mempunyai tiga buah rumah dan tiga kereta. Kita akan siasat perbelanjaan rumah, kad kredit dan lain-lain sama ada ia setara dengan pendapatan,” katanya, seperti dipetik akhbar itu.

JIPS juga akan menyiasat kesahihan dakwaan rasuah melibatkan pegawai dan anggota polis sebelum mengambil tindakan.

Siasatan itu akan dibuat terhadap pegawai dan anggota polis yang dilaporkan berhibur di kelab malam, katanya.

“Setiap tohmahan yang dibuat, kita ada lakukan risikan dan siasatan. Bukan itu sahaja, tindakan juga diambil sekiranya mempunyai maklumat berkaitan anggota dan pegawai kita yang didapati berkaraoke atau mabuk di kelab malam.

“Ini salah satu prosedur operasi standard (SOP) JIPS bagi mengekang serta menyekat peluang warga PDRM untuk terlibat dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.

PDRM juga akan mengaudit majlis keraian atau program yang dianjurkan di semua peringkat balai dan ibu pejabat polis termasuk di Bukit Aman untuk mengesahkan sumber kewangannya, kata Razaruddin.

Katanya, semua majlis yang dibuat perlu melaporkan sumber kewangannya kepada JIPS.

Dalam pada itu, Razaruddin juga dipetik berkata sejak 2020 sehingga Jun lepas, JIPS telah mengenakan hukuman ke atas 447 pegawai dan anggota.

Ketegasan ini penting demi menjaga integriti dan imej pasukan,” katanya. – Bernama, 6 Ogos, 2023.

WOIT

INI LANGKAH 

WAJIB SOKONG

AMIN

POLIS AMAT

DI KENALI DGN

CARI MAKAN

AMIN

JANGAN HINA

POLIS

AMIN

BUKAN SEMUA

POLIS  ZAHID

AMIN

JUSTERU

PERLU BAIKI

IMEJ BUKA

ROAD BLOCK

UNTUK 

CARI MAKAN

KHALAS

1 ulasan:

  1. gaji dah 8 ribu pun tak cukup bai.. kalau ada segunung emas pun tak cukup nescaya nak lagi satu gunung emas...

    BalasPadam