Lebih banyak aset berkaitan kes 1MDB dirampas, kata KPN
LEBIH banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Beliau berkata aset-aset yang dirampas itu kemudian akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah.
“Jasmine Loo yang masih lagi berada di dalam tahanan polis telah memberikan kerjasama yang baik semasa siasatan.
“Beliau masih lagi ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan siasatan kini dijalankan terutamanya membabitkan pengubahan wang haram,” katanya selepas melancarkan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Bike Club (ISBC) sempena Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini.
Ditanya adakah Loo akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, Razarudin berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas siasatan selesai.
Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis menahan Loo pada 7 Julai bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.
Loo merupakan bekas pengarah eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low.
Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang dan Loo, berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.
– Bernama, 16 Ogos, 2023.
Kah kah kah kah kah.. suar dalam badak tu kalu bagi den free pun, den tak nak la tt. Buek ponuh lemari ajo, lotak perfume elvie ke dior ke.. den totap tak nak. Kang tak pasal² lemari den begogar mcm kes colok terbang dulu tt.. kah kah kah kah. Kang tak pasal² gambar den tergantung kek dinding bilik pemujaan, mcm yg saudagar kapet cito tu.. kah kah kah lawak botul la.
BalasPadamTaik palat kat kote kapiaq aja..u ada bau ka? Kat cipap panggey apa? Taik kelintit? Tolong bagi pencerahan
BalasPadam