Jumaat, 25 Ogos 2023

SAPA DAPAT SOKONGAN MELAYU ?


Perikatan Pahang akan bertanding di PRK DUN Pelangai

PERIKATAN Nasional (PN) Pahang mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata Pengerusinya Saifuddin Abdullah.

“PN sedang membincangkan calon yang paling sesuai (bagi PRK Pelangai),” katanya ringkas kepada Bernama di Kuantan hari ini.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andasura Rabu berkata pihaknya menyerahkan senarai calon kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan dan akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan gerak kerja PRK itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kerusi DUN Pelangai pada 7 Oktober ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 23 September dan 3 Oktober ini.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK DUN Pelangai mengandungi seramai 16,456 orang pemilih yang terdiri daripada 16, 417 pengundi biasa, 36 orang polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas. – Bernama, 24 Ogos, 2023.

WOIT

PRK PELANGAI

 MENENTUKAN SAPA

 ADA SOKONGAN

MELAYU

AMIN

INI GARIS MERAH

I GOD DI NUMBO

I GOD DI NUMBO

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan