PN mendahului di Selangor, Kedah dan P. Pinang – Shahidan
KUALA KEDAH – Ahli Parlimen Arau,i Shahidan Kassim mendedahkan gabungan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi mendahului gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN).
Biar pun kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih berbaki tujuh hari, Shahidan berkata, PN sudah memperoleh 34 kerusi setakat ini di Selangor.
“Pertama Kedah kita (PN) akan menang 36 kerusi di Pulau Pinang kita akan menang lebih dua kerusi iaitu 22 lawan 18 kerusi.
“Di Selangor, kami sudah mendahului 34 kerusi dan hampa (PH-BN) 22 kerusi,” katanya dalam ceramah gelombang PN Best di UDM Seberang Kota, Kuala Kedah malam tadi.
Bagi dua negeri di Pantai Timur, Shahidan turut menjangkaka PN akan menyapu bersih kesemua kerusi di Terengganu dan Kelantan.
“Kelantan insya-Allah kot (menang) 40-0. Terengganu 32-0. Kemenangan kami adalah sokongan daripada PN dan orang UMNO,” katanya lagi.
Bercakap mengenai Negeri Sembilan, Shahidan akan turun ke negeri berkenaan minggu depan.
Katanya, ia memandangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan menjadi kerusi terhangat kerana ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
“(DUN) Rantau ini sebab Menteri Pertahanan bertanding, tunggu saya turun Isnin depan.
“Kawasan lain (di Negeri Sembilan) kita tidak mahu kacau sebab insya-Allah kita dapat tapi DUN Rantau depa kata hebat. Tunggu saya turun sebab calon tak berapa sihat, saya tunggu bagi dia rehat dua hari lagi.
“Bila dia sihat, saya nak ceramah dekat dia supaya dia tarik diri dan beri sokongan kepada PN,” katanya berseloroh.
Kah kah kah Shahidan ada niat ada mimpi ada impian bagus tak salah, kalau semua otak sama Shahidan beres Bossku kah kah kah
BalasPadamTT, jika angan angan memang bukan jenayah TETAPI meraba tubuh anak gadis tu jenayah kan kan kan, jika masa dia meraba tu agak agak awang dia naik tak????
BalasPadamIni Mamak satu Geng dgn Rahim Thamby dan Peja. Panjang tengok dahi licin. Tapi masaalah besar Shahidan dan Rahim target mereka bawah umur.
BalasPadam