Bersih gesa kerajaan hentikan sekatan laman web UtusanTV.com
BADAN pemantau pilihan raya Bersih bimbang dengan keputusan Putrajaya untuk menyekat akses ke laman web UtusanTV.com dan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menunaikan ikrarnya bagi mempertahankan kebebasan bersuara dan melindungi kebebasan media.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan sedemikian mengingatkan penapisan yang dilakukan oleh bekas perdana menteri Najib Razak terhadap portal berita dan laman web Bersih sendiri yang mengkritik kerajaannya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Sekatan laman UtusanTV.com mesti dihentikan.”
Bersih berkata semasa pentadbiran Najib, Pakatan Harapan (PH) dinafikan akses kepada platform media kerajaan dan sebarang laporan mengenainya oleh media ini adalah serong dan tidak menarik.
Semalam kerajaan dilaporkan telah menyekat akses kepada UtusanTV.com.
Notis telah disiarkan di laman web yang menyatakan “laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana melanggar undang-undang negara”.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan undang-undang mana yang telah dilanggar laman web itu.
UtusanTV dikendalikan oleh Utusan Binders Sdn Bhd, yang merupakan bekas anak syarikat Kumpulan Utusan.
Bersih berkata begitu juga satu lagi portal berita, MalaysiaNow, telah disekat dari 28-30 Jun.
“Dalam zaman kebolehcapaian media sosial ini, adalah sia-sia bagi mana-mana kerajaan untuk mencuba dan menyekat pihak lawan mereka.
“Sebaliknya, kerajaan Madani harus memimpin cara untuk mempromosikan wacana terbuka dan awam mengenai media milik kerajaan supaya rakyat Malaysia boleh menilai sendiri merit pandangan dan ideologi yang bersaing.”
Bersih berkata sekiranya terdapat sebarang kebimbangan mengenai kandungan organisasi media, maka perlu ada proses yang telus dengan surat tunjuk sebab dan peluang rayuan sebelum laman web itu disekat.
Bersih berkata asas utama demokrasi ialah akses bebas dan adil kepada media awam oleh semua parti politik tetapi malangnya Malaysia tidak pernah menyaksikan keadilan itu semasa pilihan raya.
“Kerajaan Perpaduan pimpinan PH terus menganggap media penyiaran awam milik kerajaan sebagai aset peribadi mereka dan menafikan pandangan kritis pembangkang daripada disiarkan.”
Mereka berkata dalam beberapa hari terakhir sebelum hari pengundian bagi enam pilihan raya negeri, mereka berharap stesen seperti Bernama dan RTM akan memberi siaran percuma kepada semua pihak.
Ini, kata mereka, sepatutnya menjadi medan bagi pemimpin gabungan parti di peringkat negeri bercakap mengenai manifesto mereka, liputan media yang saksama dan menjadi tuan rumah perdebatan politik antara gabungan dan parti.
Menurut mereka manifesto pilihan raya PH untuk PRU-14 dan PRU15 menjanjikan kebebasan media dan memansuhkan peruntukan zalim dalam akta yang boleh disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. – 8 Ogos, 2023.
Kah kah kah siapa saja sudah pegang tampuk kuasa nak kekal terus lah, kan semua ini biasa sejak zaman Mahathir lagi, apa yang Anwar kena tarak apa lol, Mahathir digelar MAHA firhaun dah lupa? Sumbat semua sekaligus dalam penjara pun orang cium tangan jugak last ya? Sebab itu Mahathir cakap Melayu Mudah LUPA KAH kah kah
BalasPadam