Ahad, 27 Ogos 2023

WARGA CHINA MERAH DI BERI KERAKYATAN ADALAH BERITA PALSU


Dakwaan 54,000 warga China akan diberi kerakyatan tidak benar, kata menteri

DAKWAAN kerajaan perpaduan akan memberi status kerakyatan kepada 54,000 warga China adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Facebook beliau malam ini, Fahmi berkata angka itu sebenarnya adalah jumlah keseluruhan permohonan yang diterima dari 2017 hingga 2022.

Beliau berkata berdasarkan penjelasan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia dari 2017 hingga kini.

“Itupun hanya selepas seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntuk mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964. Semak dulu, hentikan fitnah,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin menafikan dakwaan kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab sehingga memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP. – Bernama, 26 Ogos, 2023.


54 RIBU CHINA JADI

RAKYAT MALAYSIA

SAH BERITA PALSU

AMIN

YANG RAKYAT

NAK TAHU APA

JADI DENGAN

1.2 JUTA WARGA

CHINA MERAH YG

LESAP DALAM

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan