Sabtu, 30 September 2023

PILIH YANG ADA FREKPD CEMERLANG


Pengundi DUN Pelangai jangan salah pilih – Ku Nan

KUALA LUMPUR – Pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang diingat supaya tidak salah membuat pilihan calon pada hari mengundi Sabtu minggu depan.

Bendahari UMNO,  Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka perlu memilih calon dari parti yang terbukti mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran iaitu Barisan Nasional (BN).

WOIT

JANGAN SALAH

PILIH

KAH KAH KAH

PILIH YANG

ADA REKOD

CEMERLANG

AMIN

GEROMBOLAN

CEMERLANG

RASUH

AMIN

CEMERLANG 

TIPU RAKYAT

AMIN

CEMERLANG 

CURI DUIT

AMIN

PARTI PAS

BARU NAK

BELAJAR

KAH KAH KAH

KHALAS

BERAS LESAP JEREBU SAMPAI



Orang ramai dinasihat waspada dengan jerebu

JABATAN Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menasihatkan orang ramai terutama golongan berisiko tinggi supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu.

Pengarahnya Dr Harlina Abdul Rashid berkata ia termasuk mengelak melalukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

“Selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Banyakkan berada berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai selain banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan,” katanya di Seremban, hari ini.

Beliau berkata ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak kecil dan yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

Selain itu, Harlina turut menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa kawasan di dalam negara merekodkan IPU tidak sihat termasuk di Nilai dekat Seremban dengan bacaan semasa ialah 148. – Bernama, 30 September, 2023.

BALA MELANDA

LEPAS SATU SATU

AMIN

LEPAS INI 

BANJIR PULAK

AKAN SAMPAI

KHALAS

BAB EKONOMI - TANYA RAFIZI


Tiada keperluan wujudkan semula KR1M era Najib, kata pakar ekonomi


Pakar ekonomi menolak cadangan untuk mewujudkan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah diwujudkan semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Najib Razak.

Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata beliau “agak skeptikal” dengan cadangan itu kerana ia tidak berjaya sebelum ini.

"Ia sudah dijangkakan.

“Untuk aktiviti ekonomi berjaya, ia perlu bertindak balas terhadap rangsangan pasaran terutamanya isyarat harga," katanya kepada MalaysiaNow. 

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh memaklumkan akan mengkaji cadangan tersebut.

Katanya, ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik jualan Rahmah.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyeru kerajaan mewujudkan semula inisiatif era Najib itu ekoran kenaikan harga barang yang melampau baru-baru ini, terutama membabitkan barang makanan.

"Hari ini, ramai mula menyedari betapa bergunanya kedai berkenaan di saat harga barang keperluan naik.

“Adalah diharap, kerajaan akan mengkaji semula KR1M," menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu.

KR1M dilaksanakan Najib sebagai inisiatif membantu rakyat berdepan kenaikan harga barangan.

Ia pernah ditutup sementara pada 2017, enam tahun selepas dilancarkan kerana kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan. 

Najib mengumumkan KR1M 2.0 semasa pembentangan Belanjawan 2018. 

Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih kerajaan pusat pada 2018 kemudian meneliti semula keperluan kedai tersebut. 

Pengarah urusan rangkaian peruncitan Mydin, Ameer Ali Mydin pernah mengkritik inisiatif itu kerana syarikatnya kerugian lebih RM100 juta akibat pembabitan dengan KR1M.

Beliau mengkritik KR1M 2.0 sebagai “satu jenaka”.

Carmelo berkata, harga sesuatu barang ditentukan pasaran dan tidak boleh ditetapkan pihak berkuasa. 

"Harga politik, secara teknikalnya tidak boleh ditakrifkan sebagai harga dan akibatnya, gagal untuk menjalankan fungsi transmisi maklumat sebenar.

"Ini mengakibatkan kita tidak tahu apa yang perlu dijual, pada kadar berapa banyak dan berapakah harganya. Ia tidak boleh berfungsi."

Dalam pada itu, Carmelo berkata inflasi sedang bergerak perlahan namun ia tidak bermakna harga barangan menurun. 

Katanya, harga sekarang sedang bergerak arah “harga normal”.

"Inflasi dalam kebanyakan kes didorong oleh kerajaan.

“Apa yang sepatutnya dilakukan ialah mengurangkan kuasa kerajaan dalam menghasilkan inflasi."

WOIT

HAL EKONOMI

WAJIB TANYA

RAFIZI

AMIN

RAFIZI PAKAR

FORMULA

AMIN

PASTI RAFIZI

ADA FORMULA

MACAM MANA NAK

SELESAI MASALAH

HARGA

 BARANG MAHAL

KHALAS

KES LAIN DI TANYA LAIN DI JAWAB


KES LAIN DITANYA

LAIN DIJAWAB

KAH KAH KAH

KHALAS

PENDATNG HARAM SALAH SAPA ?


PENDATANG HARAM

SALAH SAPA ?

AMIN 

Unknown commented on
 "BAHAYA PENDATANG HARAM !!!"
Nak salah siapa lagi? Imigresen atau polis? Kedua agensi sibuk sibuk politik kiri kanan, yang baik kena sisih jauh, yang wayang Tik tok yang wayang Facebook hidup laju naik pangkat laju pulak, yang bekerja betul pun akan kena, ikan selalunya rosak dari kepala kan? Tukar kepalanya semuanya akan beres kah kah kah

EKONOMI ORANG MELAYU



EKONOMI

ORANG MELAYU

AMIN 

Unknown commented on
 "JANGAN GADAI 
TANAH MELAYU"

cerita panjang jual tanah mmg melayu jugak. puncanya mau makan duit tarak. kerja sudah sangat kuat tua habis tenaga tiada juga duit ada duit pun habis. pusing pusing balik juga pada ekonomi asal orang melayu, mcm tt labon dahulu melayu mana tahu duit itu ada harga hanya kerana nilai dipegang? ekonomi asal orang melayu bukan dollar spaniol atau pound atau riyal. bukan juga sara diri macam buku sejarah cakap tapi ekonomi tiada wang yang sangat memeningkan kepala orang putih mcm mana nak kutip cukai?

MENUNGGU PRK PELANGAI



MENUNGGU

 PRK PELANGAI

SABTU 30 SEPTEMBER 2023
HARI AKHIR BULAN
LAGI  ENAM HARI
MENGUNDI DI PELANGAI
JENG JENG JENG

LEPAS PELANGAI
ADA PULAK KEMAMAN
KAH KAH KAH
SEMUA INI BERI PELUANG
UNTUK MELAYU ISLAM
MENGEMBANGKAN PENGARUH

ISU BERAS
MASIH HEBOH
BERAS IMPOT MAHAL
BERAS TEMPATAN 
SUSAH NAK DAPAT
JENG JENG JENG

BUKAN BERAS TAK ADA
TAPI HARGA BERAS MAHAL
JENG JENG JENG

GULA JUGA NAIK HARGA
DARI 3 RM SEKILO
DAH JADI 5 RM SEKILO

EKONOMI MAKIN PARAH
MASIH TAK NAMPAK
JALAN KELUAR
AMIN

PAKISTAN
59 MATI
BOM MELEDAK DALAM 
DUA BUAH MASJID
SEMASA SAMBUTAN
MAULUD NABI

SERBIA
JENG JENG JENG
SATU LAGI PERANG
AKAN BERMULA
KALI INI SERBIA LAWAN KOSOVO

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
HUJAN PETANG
HUJAN MALAM
HUJAN SUBUH
RINTIK RINTIK MASIH ADA

MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT AGAK MURAM
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

GUA BERJALAN ARAH SUNGAI
HA HA HA
MAKIN BANYAK 
BANGLO TEMPUA SIAP
GUA KITA LEBIH DARI 10 BUAH
NAMPAKNYA HOKKIEN INI
JADI WILAYAH TEMPUA

TAPI SAWAH RUMPUT SEMUA
DAH KERING KENA RACUN
BURUNG SUSAH NAK CARI MAKAN

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUM

BRO
DALAM DUNIA INI
SEMUANYA KITA  PINJAM
UNTUK SEMENTARA

BRO
CERMIN PALING JUJUR
DIA TAK AKAN KETAWA
BILA LU MENANGIS

BRO
LU JADI PAYUNG
TAPI KADANG  KALA
LU PAYUNG SENDIRIAN

BRO
LU JANGAN SUSAH HATI
ORANG LAIN PUN
ADA KESAH SEDIH MACAM 
CERITA LU

BRO
HIDUP INI KITA
BELAJAR MEMBALAS YANG BURUK
DENGAN YANG BAIK

BRO
JIKA LU SELALU KENA KUTUK
ERTINYA LU BUAT BETUL
HANYA POKOK YANG BERBUAH MANIS
SELALU KENA BALING BATU

BRO
BILA LU RASA
BEBAN LU LEBIH BERAT
DARI YANG  LAIN
MAKNANYA LU LEBIH
KUAT DARI YANG LAIN

BRO
LU BERTENANG
DAN JADILAH
DIRI SENDIRI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
OKTOBER SAMPAI



Jumaat, 29 September 2023

PALING BIJAK BUAT PERKARA PALING BODOH


MANUSIA PALING

BIJAK

 MEMBUAT

PERKARA PALING

BODOH

AMIN

BAHASA MELAYU WAJIB



BAHASA MELAYU

WAJIB

AMIN

BAHASA INGGERIS

BAHASA DUNIA

KHALAS


Unknown commented on
 "PRK PELANGAI"

Hasut menghasut kerja mulia sejak zaman berzaman, inilah kerja paling senang, hasut supaya semua susah tapi bila hasutan berjaya tak ada alternatif lain, pandai hasut tapi nak buat kerja-kerja tak boleh, cakap Inggeris pun sangkut, tengok Mafia Hadi kena belasah oleh pemberita di London, terkapai-kapai jawabnya Melayu sebabnya tak pandai berbahasa berhujah Inggeris kah kah kah kesian pun ada, di kampung Marang jaguh belaka tapi bila keluar kena sapu minyak terus kah kah kah

OLIGARKI DAN KUASA DAULAH



OLIGARKI DAN

 KUASA DAULAH


Minggu lalu  tulisan saya penuh  dengan  ketawa. Ketawa ini lahir  bila saya membaca berita bagaimana Kerajaan Madani  pimpinan Anwar Ibrahim dipanggil Kerajaan Madanon. 

Kenapa Madanon saya tidak arif. Dari mana asal usul Madanon tidak pula saya diberi maklum.

Saya ketawa apabila ada politikus, ada YB parti pembangkang dan ada sosok  NGO menuduh Kerajaan Madani a.k.a Kerajaan Madanon ini sebagai kerajaan hipokrit. 

Hipokrit ini berasal dari  bahasa asing. Untuk lebih jelas  saya bertanya dengan Lebai Google akan maknanya.

Mengikut Lebai Google : Takrifan hipokrit  ialah -  (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihat keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. 

Dalam  tulisan yang kita bincangkan ini terangkum   orang dan  juga  kerajaan.  Kerajaan di kendalikan oleh  sistem yang  tata kelolanya dikendalikan oleh orang. 

Maka maknanya dalam istilah  bahasa harian ini Kerajaan Madani ini kerajaan pura-pura. Menteri  dalam kerajaan ini pura-pura. Kerajaan ini  cakap lain buat lain. Dalam bahasa pop -  Kerajaan Madani cakap tak serupa bikin. Amin

Saya ketawakan sesiapa saja yang mengatakan Kerajaan Madani ini hipokrit. Untuk saya semua kerajaan berperangai sama. Malah lebih menonjol lagi di negara Dunia Ketiga seperti  di Malaysia ini.

Kenapa di Malaysia menonjol  dan terbonggeng ?

Jawabnya : di Malaysia pameran kuasa itu lebih jelas untuk dilihat.  Tidak ada pura-pura. Tidak ada selindung di belakang tabir. Contohnya :  Anwar lantik Nurul sebagai Penasihat Ekonomi Menteri Kewangan. Anwar Perdana Menteri juga Menteri Kewangan   Nurul anak Anwar.  Dengan jelas dilihat kuasa berjalan dengan terbuka tanpa segan silu.

Dalam kes pembebasan Zahid ianya  terbonggeng kerana semuanya boleh di baca dengan jelas.  Pertama: keberahian Anwar Ibrahim. Anwar  berahi macam nak rak untuk menjadi Perdana Menteri.  Kedua:  ketakutan Zahid Hamidi. Zahid  takut lagi kecut akan dihantar ke penjara seperti Najib.

Takut penjara dan berahi untuk jadi PM bertemu. Dua naluri  kepentingan ini bersekedudukan dan melahirkan anak luar nikah bernama DNAA.  Mustahil ini hipokrit. Mustahil para penganalisa politik tak faham perkara ini. Mustahil aktivis NGO tidak melihat bab ini.

Untuk saya ini bukan hipokrit. Ini jalan lurus – siratul mustaqim – jalan lurus jangan belok-belok untuk mendapat kuasa.

Janji PRU ke, hukum hakam ke , Peguam Negara ke ,  Islam ke  semua tidak  perlu diambil kira. Apa yang penting ialah kuasa jatuh ke tangan. Kerusi PM wajib diduduki oleh Anwar Ibrahim. 

Menjadi PM  - menjadi Perdana Menteri  untuk Anwar ini penting kerana di atas kerusi PM  ini ialah kuasa. Kuasa ini adalah induk  yang menjadi juragan  dan pedoman kepada  Anwar.

Jadi saya tidak hairan dan tidak terperanjat melihat apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim pada ketika ini. Untuk saya semuanya siratul mustaqim untuk berkuasa. 

Justeru  kita tidak perlu terperanjat bila Zahid dibebaskan. Kita juga  tidak perlu terbuka mata bila melihat Sanusi di tangkap jam 3 pagi.  Para aktivis NGO tak perlu bersuara  melaporkan  Zahid memberi rasuah membeli undi  Kelab Motor di Terengganu.


SPRM bisu, tidak ada dakwa dakwi. Ini tepat dan betul. Semua ini menjamin siratul mustaqim menuju kuasa.

Saya selalu menulis dan menerangkan tentang kuasa. Kuasa ini ialah kuasa politik.   Dalam konteks negara moden kuasa politik diperoleh  melalui undian, melalui cara pungutan suara dalam pilihan raya.  

Sistem dan cara mendapat kuasa jenis mengundi ini baru saja  sampai kepada kita. Pilihan raya pertama di Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1955.

Cara lama untuk memiliki kuasa  ialah sapa kuat dia berkuasa. Tidak ada undi dan tidak ada pilihan raya. Aku ada keris, aku ada pedang maka aku berkuasa.

Lanun dan penyamun di zaman dahulu kala yang bijak main senjata, yang pandai bersilat atau yang bijak membunuh musuh akhirnya menjadi pemimpin kabilah.  

Pemimpin kabilah atau kepala  gerombolan penyamun ini akan memperluaskan pengaruh  dari kampung menjadi daerah, dari daerah menjadi negeri. Kepala gerombolan lanun ini akhirnya akan melantik dirinya sendiri untuk menjadi raja.

Untuk menjadi raja dan di terima oleh orang ramai agak mudah.  Di sebarkan mitos bahawa sosok  yang diangkat menjadi Raja ini adalah jelmaan dari Anak Tuhan.

Disini  kepala gerombolan lanun akan bersekongkol dengan  Tok Bomoh, Tok Imam atau para Agamawan. Para Agamawan yang juga ingin mendapat pengaruh akan berpayung di bawah  kuasa pedang lanun ini.

Para  Agamawan  dengan rela hati akan  menyebarkan mitos a.k.a cerita karut marut  bahawa kepala penyamun ini adalah jelmaan Anak Tuhan.

Pedang memperkukuh   kepala lanun untuk  menjadi Raja. Para Agamawan menjampi serapah untuk menghalalkan  dan menobatkan kepala lanun menjadi Raja.
 
Ini berlaku ribuan tahun dahulu. Jika di perinci kita akan melihat tiada banyak  perubahan dalam bab bagaimana kuasa dibentuk dalam negara kita hari ini.

Hari ini dalam Kerajaan Madani kita lihat semua ranting dan dahan kuasa bergerak seirama dan senada.  Apa yang Anwar mahu Anwar akan dapat.

Jika YB Jidin buat kacau YB Jidin akan disiasat oleh SPRM. Ini amat jelas siratul mustaqim mempertahankan kuasa. 

Kita sepatutnya kagum dengan cara Anwar Ibrahim menggerakkan semua  aparacik kuasa. Tanpa arahan dengan pantas SPRM masuk.   Ini kehebatan SPRM. Lembaga ini tahu apa yang diperlukan oleh Anwar Ibrahim tanpa disuruh arah.

Inilah tanda kuasa.  Tapi apa sebenarnya kuasa politik ?

Kalau ratusan tahun dahulu kuasa hanya ada pada mereka yang memiliki senjata. Tetapi untuk menjadi Raja tidak cukup hanya dengan  sebilah keris atau dengan jampi dan doa para Agamawan.  Raja perlu ada panglima dan pahlawan. Raja perlu ada bala tentera. Bala tentera perlu  dana.

Pengerusi Mao berkata : Kuasa muncul dari laras senapang.

Hishamuddin Rais berkata : Kuasa muncul dari  ringgit dan dolar.

Kalau di Arab Saudi  ribuan tahun dahulu yang ingin berkuasa akan menyamun karavan para saudagar. Ghanimah – harta rampasan perang ini menjadi modal untuk memperkuat kedudukan. Untuk memperluas pengaruh. 

Di Tanah Melayu ratusan tahun dahulu mereka menyamun dan  melanun di laut. Hasil rompakan menjadi dana memelihara bala tentera untuk memperluas wilayah dan daerah.  Cukai dan ufti  di pungut jika tidak membayar pedang tombak keris akan sampai.

Itu ratusan tahun dahulu. Bagaimana sekarang ?

Tidak banyak perbezaan. Jika  Anwar dianggap Raja maka PDRM, SPRM. LHDN  boleh di tafsir sebagai panglima dan hulubalang. 

Tapi badan dan lembaga SPRM atau LHDN  ini  bukan pengeluar dana. Dari mana Ghanimah akan muncul ? Jeng Jeng Jeng.

Apakah dalam politik moden Kerajaan Madani masih  ada ghanimah ? Jawabnya ada.

Dalam politik moden hari ini walau pun tidak ada karavan dan unta untuk  di serang , tidak ada lanun di laut tetapi ghanimah masih wujud.

Sebenar-benarnya yang  Muhyidin rebut dari Mahathir, yang Sabri rebut dari Muhyidin dan yang Anwar  rebut dari Ismail Sabri adalah ghanimah.

Siratul mustaqim menuju kuasa adalah siratul mustaqim untuk mengumpul ghanimah. Di  belakang kuasa politik adalah kuasa wang ringgit – kuasa  daulah ialah dinar dan dolar. 

Semua perebutan kuasa politik adalah perebutan  wang ringgit.  Dalam perebutan ini  Mak Cik Felda, Mat  Grab, Pak Lebai, Pak Aji, pelajar dan siswa,  petani, nelayan, buruh  dan rakyat jelata sebenarnya hanya jadi Pak Pacak.

Pak Pacak dalam istilah filem adalah mereka menjadi  penghias mis en scene atau penghias apa dalam bingkai filem. Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda diperlukan untuk menambah indah  pengundian. Untuk memolekkan demokrasi berparlimen.

Untuk memperlihatkan bahawa kuasa datang dari tangan orang ramai yang memilih dan mengundi. Pengundian memperlihatkan adanya demokrasi. 

Wayang demokrasi ini penting. Ianya penting untuk menutup taring kuasa yang akan merompak dan melanun  harta kekayaan.

 Pak Cik dan Mak Cik Felda dan rakyat jelata para pengundi  ini hanya perkakas demokrasi. Perkakas ini  sendiri tidak faham dan tidak sedar bahawa mereka hanya perkakas.

Rakyat umum tidak akan di beri pencerahan tentang semua ini.  Jika ada sosok-sosok yang berani mempertikaikan hakikat ini maka Anwar akan menghantar panglima dan hulubalang  untuk menutup portal atau memadam Tik Tok atau mengancam dengan kereta polis siapa saja yang memiliki pandangan yang berbeza.

Satu ketika dulu jika masih berdegil ada  ISA – Akta Keselamatan Dalam Negeri akan digunakan. Hari ini Akta Hasutan sedang bergerak.

Malah pasti tidak lama lagi satu Akta baru – Akta RAB – Raja Agama dan Bangsa akan dibuat.

Apa hubungan semua ini dengan  kuasa dan ghanimah.

Kalau di zaman dulu untuk mendapat kuasa wajib melanun dan merompak dulu untuk mengumpul  dana.  Ada dana ada kuasa. Ada dana ada bala tentera.

Tapi Anwar Ibrahim bukan kaya. Dia tidak berdana. Bagai mana Anwar  mendapat dana untuk mendapat kuasa.

Disinilah peranan Mak Cik dan Pak Cik Felda, peranan buruh , tani, nelayan dan orang ramai, NGO dan NGI. 

Anwar telah mengolah persetujuan dengan  semua sektor-sektor  ini dengan  janji yang molek-molek lagi indah. Demokrasi, hak asai, hak kebebasan bersuara, ekonomi  baik, harga barang murah, hutang di lupus, subsidi  di tambah,  gaji di naik, berek polis , berek tentera dibaiki atau  rumah rakyat dibina. 

Ini namanya janji  terbuka untuk orang ramai mendengar ketika berkempen dalam PRU.

Janji kepada orang ramai bukan hanya dapat di dengar. Malah dapat dibaca dalam Kertas Manifesto Pakatan Harapan.

Awas ! Ada satu lagi janji yang tidak di ketahui umum. Janji ini adalah kepada para cukong , kepada pada para pelabur, kepada  pelbagai jenis towkay.

Paling ketat lagi intim ialah janji kepada  Tan Seri Maniam, kepada Tan Seri Kok Lim atau kepada Datuk Seri Tengku Raja. Dalam istilah politik moden sosok-sosok ini dikenali sebagai  oligarki. Para oligarki ini adalah taikun kaya raya yang akan melabur untuk masa depan perniagaan mereka.

Mak Cik dan Pak Cik Felda hanya melabur harapan kepada Parti Keadilan Rakyat, kepada parti Amanah dan kepada Anwar Ibrahim.  Pelaburan  ini hanya  diikat dengan janji- janji Anwar  ketika berkempen.

Mak Cik dan Pak Cik Felda hanya  berjanji menghulurkan undi.  

Oligarki memerhatikan  keupayaan Anuar mengolah persetujuan bakal pengundi. Bila oligarki yakin Anwar berjaya atau berpotensi memasukkan semua Mak Cik dan Pak Cik Felda dan bakal pengundi maka oligarki akan melabur.

Para oligarki tempatan tidak menghulurkan undi. Mereka melabur berjuta-juta  wang ringgit. Para pelabur dari luar negara  pula melaburkan berjuta dinar dan dolar.

Tanpa ringgit, dolar dan dinar mustahil kempen boleh berjalan. Pelaburan dari oligarki ini amat penting bukan hanya  kepada Pakatan Harapan malah untuk  semua parti politik  termasuk Perikatan. Untuk menang dan untuk mendapat kuasa dana diperlukan  dari oligarki.

Tanpa dana oligarki politik semua  parti politik akan gagal berkuasa. Dalam politik pengundian seperti di Malaysia  ini dana dari oligarki amat penting.  Pelaburan dari oligarki kunci kemenangan. 

Hakikatnya kuasa politik di Malaysia ini  sebenarnya ialah kuasa para  oligarki.

Apakah ini bermakna Anwar, Rafizi atau Mat Sabu tidak berkuasa dalam Kerajaan Madani hari ini? 

 Sabar dulu. Masih  ada lagi kuasa di belingkang kuasa oligarki. Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISAIRKAN
DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/09/29/oligarki-dan-kuasa-daulah
DAN JUGA PORTAL
THE MALAYSIAAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/464316