Sabtu, 30 September 2023
PILIH YANG ADA FREKPD CEMERLANG
Pengundi DUN Pelangai jangan salah pilih – Ku Nan
KUALA LUMPUR – Pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang diingat supaya tidak salah membuat pilihan calon pada hari mengundi Sabtu minggu depan.
Bendahari UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka perlu memilih calon dari parti yang terbukti mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbiran iaitu Barisan Nasional (BN).
WOIT
JANGAN SALAH
PILIH
KAH KAH KAH
PILIH YANG
ADA REKOD
CEMERLANG
AMIN
GEROMBOLAN
CEMERLANG
RASUH
AMIN
CEMERLANG
TIPU RAKYAT
AMIN
CEMERLANG
CURI DUIT
AMIN
PARTI PAS
BARU NAK
BELAJAR
KAH KAH KAH
KHALAS
BERAS LESAP JEREBU SAMPAI
Orang ramai dinasihat waspada dengan jerebu
JABATAN Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menasihatkan orang ramai terutama golongan berisiko tinggi supaya peka dengan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca jerebu.
Pengarahnya Dr Harlina Abdul Rashid berkata ia termasuk mengelak melalukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.
“Selari dengan saranan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
“Banyakkan berada berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai selain banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan,” katanya di Seremban, hari ini.
Beliau berkata ibu bapa juga perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak kecil dan yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
Selain itu, Harlina turut menasihatkan individu yang mengalami gejala seperti batuk, selesema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera bagi mengelakkan kesan lebih teruk berlaku.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan.
Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 8 pagi tadi, beberapa kawasan di dalam negara merekodkan IPU tidak sihat termasuk di Nilai dekat Seremban dengan bacaan semasa ialah 148. – Bernama, 30 September, 2023.
BALA MELANDA
LEPAS SATU SATU
AMIN
LEPAS INI
BANJIR PULAK
AKAN SAMPAI
KHALAS
BAB EKONOMI - TANYA RAFIZI
Tiada keperluan wujudkan semula KR1M era Najib, kata pakar ekonomi
Pakar ekonomi menolak cadangan untuk mewujudkan semula Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah diwujudkan semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Najib Razak.
Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata beliau “agak skeptikal” dengan cadangan itu kerana ia tidak berjaya sebelum ini.
"Ia sudah dijangkakan.
“Untuk aktiviti ekonomi berjaya, ia perlu bertindak balas terhadap rangsangan pasaran terutamanya isyarat harga," katanya kepada MalaysiaNow.
Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh memaklumkan akan mengkaji cadangan tersebut.
Katanya, ia akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik jualan Rahmah.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyeru kerajaan mewujudkan semula inisiatif era Najib itu ekoran kenaikan harga barang yang melampau baru-baru ini, terutama membabitkan barang makanan.
"Hari ini, ramai mula menyedari betapa bergunanya kedai berkenaan di saat harga barang keperluan naik.
“Adalah diharap, kerajaan akan mengkaji semula KR1M," menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu.
KR1M dilaksanakan Najib sebagai inisiatif membantu rakyat berdepan kenaikan harga barangan.
Ia pernah ditutup sementara pada 2017, enam tahun selepas dilancarkan kerana kontrak pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) ditamatkan.
Najib mengumumkan KR1M 2.0 semasa pembentangan Belanjawan 2018.
Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih kerajaan pusat pada 2018 kemudian meneliti semula keperluan kedai tersebut.
Pengarah urusan rangkaian peruncitan Mydin, Ameer Ali Mydin pernah mengkritik inisiatif itu kerana syarikatnya kerugian lebih RM100 juta akibat pembabitan dengan KR1M.
Beliau mengkritik KR1M 2.0 sebagai “satu jenaka”.
Carmelo berkata, harga sesuatu barang ditentukan pasaran dan tidak boleh ditetapkan pihak berkuasa.
"Harga politik, secara teknikalnya tidak boleh ditakrifkan sebagai harga dan akibatnya, gagal untuk menjalankan fungsi transmisi maklumat sebenar.
"Ini mengakibatkan kita tidak tahu apa yang perlu dijual, pada kadar berapa banyak dan berapakah harganya. Ia tidak boleh berfungsi."
Dalam pada itu, Carmelo berkata inflasi sedang bergerak perlahan namun ia tidak bermakna harga barangan menurun.
Katanya, harga sekarang sedang bergerak arah “harga normal”.
"Inflasi dalam kebanyakan kes didorong oleh kerajaan.
“Apa yang sepatutnya dilakukan ialah mengurangkan kuasa kerajaan dalam menghasilkan inflasi."
WOIT
HAL EKONOMI
WAJIB TANYA
RAFIZI
AMIN
RAFIZI PAKAR
FORMULA
AMIN
PASTI RAFIZI
ADA FORMULA
MACAM MANA NAK
SELESAI MASALAH
HARGA
BARANG MAHAL
KHALAS
PENDATNG HARAM SALAH SAPA ?
PENDATANG HARAM
SALAH SAPA ?
AMIN
Unknown commented on
"BAHAYA PENDATANG HARAM !!!"
Nak salah siapa lagi? Imigresen atau polis? Kedua agensi sibuk sibuk politik kiri kanan, yang baik kena sisih jauh, yang wayang Tik tok yang wayang Facebook hidup laju naik pangkat laju pulak, yang bekerja betul pun akan kena, ikan selalunya rosak dari kepala kan? Tukar kepalanya semuanya akan beres kah kah kah
EKONOMI ORANG MELAYU
EKONOMI
ORANG MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN GADAI
TANAH MELAYU"
cerita panjang jual tanah mmg melayu jugak. puncanya mau makan duit tarak. kerja sudah sangat kuat tua habis tenaga tiada juga duit ada duit pun habis. pusing pusing balik juga pada ekonomi asal orang melayu, mcm tt labon dahulu melayu mana tahu duit itu ada harga hanya kerana nilai dipegang? ekonomi asal orang melayu bukan dollar spaniol atau pound atau riyal. bukan juga sara diri macam buku sejarah cakap tapi ekonomi tiada wang yang sangat memeningkan kepala orang putih mcm mana nak kutip cukai?
MENUNGGU PRK PELANGAI
MENUNGGU
PRK PELANGAI
SABTU 30 SEPTEMBER 2023
HARI AKHIR BULAN
LAGI ENAM HARI
MENGUNDI DI PELANGAI
JENG JENG JENG
LEPAS PELANGAI
ADA PULAK KEMAMAN
KAH KAH KAH
SEMUA INI BERI PELUANG
UNTUK MELAYU ISLAM
MENGEMBANGKAN PENGARUH
ISU BERAS
MASIH HEBOH
BERAS IMPOT MAHAL
BERAS TEMPATAN
SUSAH NAK DAPAT
JENG JENG JENG
BUKAN BERAS TAK ADA
TAPI HARGA BERAS MAHAL
JENG JENG JENG
GULA JUGA NAIK HARGA
DARI 3 RM SEKILO
DAH JADI 5 RM SEKILO
EKONOMI MAKIN PARAH
MASIH TAK NAMPAK
JALAN KELUAR
AMIN
PAKISTAN
59 MATI
BOM MELEDAK DALAM
DUA BUAH MASJID
SEMASA SAMBUTAN
MAULUD NABI
SERBIA
JENG JENG JENG
SATU LAGI PERANG
AKAN BERMULA
KALI INI SERBIA LAWAN KOSOVO
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
HUJAN PETANG
HUJAN MALAM
HUJAN SUBUH
RINTIK RINTIK MASIH ADA
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT AGAK MURAM
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
GUA BERJALAN ARAH SUNGAI
HA HA HA
MAKIN BANYAK
BANGLO TEMPUA SIAP
GUA KITA LEBIH DARI 10 BUAH
NAMPAKNYA HOKKIEN INI
JADI WILAYAH TEMPUA
TAPI SAWAH RUMPUT SEMUA
DAH KERING KENA RACUN
BURUNG SUSAH NAK CARI MAKAN
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUM
BRO
DALAM DUNIA INI
SEMUANYA KITA PINJAM
UNTUK SEMENTARA
BRO
CERMIN PALING JUJUR
DIA TAK AKAN KETAWA
BILA LU MENANGIS
BRO
LU JADI PAYUNG
TAPI KADANG KALA
LU PAYUNG SENDIRIAN
BRO
LU JANGAN SUSAH HATI
ORANG LAIN PUN
ADA KESAH SEDIH MACAM
CERITA LU
BRO
HIDUP INI KITA
BELAJAR MEMBALAS YANG BURUK
DENGAN YANG BAIK
BRO
JIKA LU SELALU KENA KUTUK
ERTINYA LU BUAT BETUL
HANYA POKOK YANG BERBUAH MANIS
SELALU KENA BALING BATU
BRO
BILA LU RASA
BEBAN LU LEBIH BERAT
DARI YANG LAIN
MAKNANYA LU LEBIH
KUAT DARI YANG LAIN
BRO
LU BERTENANG
DAN JADILAH
DIRI SENDIRI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
OKTOBER SAMPAI
Jumaat, 29 September 2023
BAHASA MELAYU WAJIB
BAHASA MELAYU
WAJIB
AMIN
BAHASA INGGERIS
BAHASA DUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"PRK PELANGAI"
Hasut menghasut kerja mulia sejak zaman berzaman, inilah kerja paling senang, hasut supaya semua susah tapi bila hasutan berjaya tak ada alternatif lain, pandai hasut tapi nak buat kerja-kerja tak boleh, cakap Inggeris pun sangkut, tengok Mafia Hadi kena belasah oleh pemberita di London, terkapai-kapai jawabnya Melayu sebabnya tak pandai berbahasa berhujah Inggeris kah kah kah kesian pun ada, di kampung Marang jaguh belaka tapi bila keluar kena sapu minyak terus kah kah kah
OLIGARKI DAN KUASA DAULAH
OLIGARKI DAN
KUASA DAULAH
Minggu lalu tulisan saya penuh dengan ketawa. Ketawa ini lahir bila saya membaca berita bagaimana Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dipanggil Kerajaan Madanon.
Kenapa Madanon saya tidak arif. Dari mana asal usul Madanon tidak pula saya diberi maklum.
Saya ketawa apabila ada politikus, ada YB parti pembangkang dan ada sosok NGO menuduh Kerajaan Madani a.k.a Kerajaan Madanon ini sebagai kerajaan hipokrit.
Hipokrit ini berasal dari bahasa asing. Untuk lebih jelas saya bertanya dengan Lebai Google akan maknanya.
Mengikut Lebai Google : Takrifan hipokrit ialah - (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihat keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya.
Dalam tulisan yang kita bincangkan ini terangkum orang dan juga kerajaan. Kerajaan di kendalikan oleh sistem yang tata kelolanya dikendalikan oleh orang.
Maka maknanya dalam istilah bahasa harian ini Kerajaan Madani ini kerajaan pura-pura. Menteri dalam kerajaan ini pura-pura. Kerajaan ini cakap lain buat lain. Dalam bahasa pop - Kerajaan Madani cakap tak serupa bikin. Amin
Saya ketawakan sesiapa saja yang mengatakan Kerajaan Madani ini hipokrit. Untuk saya semua kerajaan berperangai sama. Malah lebih menonjol lagi di negara Dunia Ketiga seperti di Malaysia ini.
Kenapa di Malaysia menonjol dan terbonggeng ?
Dalam kes pembebasan Zahid ianya terbonggeng kerana semuanya boleh di baca dengan jelas. Pertama: keberahian Anwar Ibrahim. Anwar berahi macam nak rak untuk menjadi Perdana Menteri. Kedua: ketakutan Zahid Hamidi. Zahid takut lagi kecut akan dihantar ke penjara seperti Najib.
Takut penjara dan berahi untuk jadi PM bertemu. Dua naluri kepentingan ini bersekedudukan dan melahirkan anak luar nikah bernama DNAA. Mustahil ini hipokrit. Mustahil para penganalisa politik tak faham perkara ini. Mustahil aktivis NGO tidak melihat bab ini.
Untuk saya ini bukan hipokrit. Ini jalan lurus – siratul mustaqim – jalan lurus jangan belok-belok untuk mendapat kuasa.
Janji PRU ke, hukum hakam ke , Peguam Negara ke , Islam ke semua tidak perlu diambil kira. Apa yang penting ialah kuasa jatuh ke tangan. Kerusi PM wajib diduduki oleh Anwar Ibrahim.
Menjadi PM - menjadi Perdana Menteri untuk Anwar ini penting kerana di atas kerusi PM ini ialah kuasa. Kuasa ini adalah induk yang menjadi juragan dan pedoman kepada Anwar.
Jadi saya tidak hairan dan tidak terperanjat melihat apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim pada ketika ini. Untuk saya semuanya siratul mustaqim untuk berkuasa.
Justeru kita tidak perlu terperanjat bila Zahid dibebaskan. Kita juga tidak perlu terbuka mata bila melihat Sanusi di tangkap jam 3 pagi. Para aktivis NGO tak perlu bersuara melaporkan Zahid memberi rasuah membeli undi Kelab Motor di Terengganu.
SPRM bisu, tidak ada dakwa dakwi. Ini tepat dan betul. Semua ini menjamin siratul mustaqim menuju kuasa.
Saya selalu menulis dan menerangkan tentang kuasa. Kuasa ini ialah kuasa politik. Dalam konteks negara moden kuasa politik diperoleh melalui undian, melalui cara pungutan suara dalam pilihan raya.
Sistem dan cara mendapat kuasa jenis mengundi ini baru saja sampai kepada kita. Pilihan raya pertama di Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1955.
Cara lama untuk memiliki kuasa ialah sapa kuat dia berkuasa. Tidak ada undi dan tidak ada pilihan raya. Aku ada keris, aku ada pedang maka aku berkuasa.
Lanun dan penyamun di zaman dahulu kala yang bijak main senjata, yang pandai bersilat atau yang bijak membunuh musuh akhirnya menjadi pemimpin kabilah.
Pemimpin kabilah atau kepala gerombolan penyamun ini akan memperluaskan pengaruh dari kampung menjadi daerah, dari daerah menjadi negeri. Kepala gerombolan lanun ini akhirnya akan melantik dirinya sendiri untuk menjadi raja.
Untuk menjadi raja dan di terima oleh orang ramai agak mudah. Di sebarkan mitos bahawa sosok yang diangkat menjadi Raja ini adalah jelmaan dari Anak Tuhan.
Disini kepala gerombolan lanun akan bersekongkol dengan Tok Bomoh, Tok Imam atau para Agamawan. Para Agamawan yang juga ingin mendapat pengaruh akan berpayung di bawah kuasa pedang lanun ini.
Para Agamawan dengan rela hati akan menyebarkan mitos a.k.a cerita karut marut bahawa kepala penyamun ini adalah jelmaan Anak Tuhan.
Pedang memperkukuh kepala lanun untuk menjadi Raja. Para Agamawan menjampi serapah untuk menghalalkan dan menobatkan kepala lanun menjadi Raja.
Ini berlaku ribuan tahun dahulu. Jika di perinci kita akan melihat tiada banyak perubahan dalam bab bagaimana kuasa dibentuk dalam negara kita hari ini.
Hari ini dalam Kerajaan Madani kita lihat semua ranting dan dahan kuasa bergerak seirama dan senada. Apa yang Anwar mahu Anwar akan dapat.
Jika YB Jidin buat kacau YB Jidin akan disiasat oleh SPRM. Ini amat jelas siratul mustaqim mempertahankan kuasa.
Kita sepatutnya kagum dengan cara Anwar Ibrahim menggerakkan semua aparacik kuasa. Tanpa arahan dengan pantas SPRM masuk. Ini kehebatan SPRM. Lembaga ini tahu apa yang diperlukan oleh Anwar Ibrahim tanpa disuruh arah.
Inilah tanda kuasa. Tapi apa sebenarnya kuasa politik ?
Kalau ratusan tahun dahulu kuasa hanya ada pada mereka yang memiliki senjata. Tetapi untuk menjadi Raja tidak cukup hanya dengan sebilah keris atau dengan jampi dan doa para Agamawan. Raja perlu ada panglima dan pahlawan. Raja perlu ada bala tentera. Bala tentera perlu dana.
Pengerusi Mao berkata : Kuasa muncul dari laras senapang.
Hishamuddin Rais berkata : Kuasa muncul dari ringgit dan dolar.
Kalau di Arab Saudi ribuan tahun dahulu yang ingin berkuasa akan menyamun karavan para saudagar. Ghanimah – harta rampasan perang ini menjadi modal untuk memperkuat kedudukan. Untuk memperluas pengaruh.
Di Tanah Melayu ratusan tahun dahulu mereka menyamun dan melanun di laut. Hasil rompakan menjadi dana memelihara bala tentera untuk memperluas wilayah dan daerah. Cukai dan ufti di pungut jika tidak membayar pedang tombak keris akan sampai.
Itu ratusan tahun dahulu. Bagaimana sekarang ?
Tidak banyak perbezaan. Jika Anwar dianggap Raja maka PDRM, SPRM. LHDN boleh di tafsir sebagai panglima dan hulubalang.
Tapi badan dan lembaga SPRM atau LHDN ini bukan pengeluar dana. Dari mana Ghanimah akan muncul ? Jeng Jeng Jeng.
Dalam politik moden hari ini walau pun tidak ada karavan dan unta untuk di serang , tidak ada lanun di laut tetapi ghanimah masih wujud.
Sebenar-benarnya yang Muhyidin rebut dari Mahathir, yang Sabri rebut dari Muhyidin dan yang Anwar rebut dari Ismail Sabri adalah ghanimah.
Siratul mustaqim menuju kuasa adalah siratul mustaqim untuk mengumpul ghanimah. Di belakang kuasa politik adalah kuasa wang ringgit – kuasa daulah ialah dinar dan dolar.
Semua perebutan kuasa politik adalah perebutan wang ringgit. Dalam perebutan ini Mak Cik Felda, Mat Grab, Pak Lebai, Pak Aji, pelajar dan siswa, petani, nelayan, buruh dan rakyat jelata sebenarnya hanya jadi Pak Pacak.
Pak Pacak dalam istilah filem adalah mereka menjadi penghias mis en scene atau penghias apa dalam bingkai filem. Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda diperlukan untuk menambah indah pengundian. Untuk memolekkan demokrasi berparlimen.
Untuk memperlihatkan bahawa kuasa datang dari tangan orang ramai yang memilih dan mengundi. Pengundian memperlihatkan adanya demokrasi.
Wayang demokrasi ini penting. Ianya penting untuk menutup taring kuasa yang akan merompak dan melanun harta kekayaan.
Pak Cik dan Mak Cik Felda dan rakyat jelata para pengundi ini hanya perkakas demokrasi. Perkakas ini sendiri tidak faham dan tidak sedar bahawa mereka hanya perkakas.
Rakyat umum tidak akan di beri pencerahan tentang semua ini. Jika ada sosok-sosok yang berani mempertikaikan hakikat ini maka Anwar akan menghantar panglima dan hulubalang untuk menutup portal atau memadam Tik Tok atau mengancam dengan kereta polis siapa saja yang memiliki pandangan yang berbeza.
Satu ketika dulu jika masih berdegil ada ISA – Akta Keselamatan Dalam Negeri akan digunakan. Hari ini Akta Hasutan sedang bergerak.
Malah pasti tidak lama lagi satu Akta baru – Akta RAB – Raja Agama dan Bangsa akan dibuat.
Apa hubungan semua ini dengan kuasa dan ghanimah.
Kalau di zaman dulu untuk mendapat kuasa wajib melanun dan merompak dulu untuk mengumpul dana. Ada dana ada kuasa. Ada dana ada bala tentera.
Tapi Anwar Ibrahim bukan kaya. Dia tidak berdana. Bagai mana Anwar mendapat dana untuk mendapat kuasa.
Disinilah peranan Mak Cik dan Pak Cik Felda, peranan buruh , tani, nelayan dan orang ramai, NGO dan NGI.
Anwar telah mengolah persetujuan dengan semua sektor-sektor ini dengan janji yang molek-molek lagi indah. Demokrasi, hak asai, hak kebebasan bersuara, ekonomi baik, harga barang murah, hutang di lupus, subsidi di tambah, gaji di naik, berek polis , berek tentera dibaiki atau rumah rakyat dibina.
Ini namanya janji terbuka untuk orang ramai mendengar ketika berkempen dalam PRU.
Janji kepada orang ramai bukan hanya dapat di dengar. Malah dapat dibaca dalam Kertas Manifesto Pakatan Harapan.
Awas ! Ada satu lagi janji yang tidak di ketahui umum. Janji ini adalah kepada para cukong , kepada pada para pelabur, kepada pelbagai jenis towkay.
Paling ketat lagi intim ialah janji kepada Tan Seri Maniam, kepada Tan Seri Kok Lim atau kepada Datuk Seri Tengku Raja. Dalam istilah politik moden sosok-sosok ini dikenali sebagai oligarki. Para oligarki ini adalah taikun kaya raya yang akan melabur untuk masa depan perniagaan mereka.
Mak Cik dan Pak Cik Felda hanya melabur harapan kepada Parti Keadilan Rakyat, kepada parti Amanah dan kepada Anwar Ibrahim. Pelaburan ini hanya diikat dengan janji- janji Anwar ketika berkempen.
Mak Cik dan Pak Cik Felda hanya berjanji menghulurkan undi.
Oligarki memerhatikan keupayaan Anuar mengolah persetujuan bakal pengundi. Bila oligarki yakin Anwar berjaya atau berpotensi memasukkan semua Mak Cik dan Pak Cik Felda dan bakal pengundi maka oligarki akan melabur.
Para oligarki tempatan tidak menghulurkan undi. Mereka melabur berjuta-juta wang ringgit. Para pelabur dari luar negara pula melaburkan berjuta dinar dan dolar.
Tanpa ringgit, dolar dan dinar mustahil kempen boleh berjalan. Pelaburan dari oligarki ini amat penting bukan hanya kepada Pakatan Harapan malah untuk semua parti politik termasuk Perikatan. Untuk menang dan untuk mendapat kuasa dana diperlukan dari oligarki.
Tanpa dana oligarki politik semua parti politik akan gagal berkuasa. Dalam politik pengundian seperti di Malaysia ini dana dari oligarki amat penting. Pelaburan dari oligarki kunci kemenangan.
Hakikatnya kuasa politik di Malaysia ini sebenarnya ialah kuasa para oligarki.
Apakah ini bermakna Anwar, Rafizi atau Mat Sabu tidak berkuasa dalam Kerajaan Madani hari ini?
Sabar dulu. Masih ada lagi kuasa di belingkang kuasa oligarki. Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISAIRKAN
DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/09/29/oligarki-dan-kuasa-daulah
DAN JUGA PORTAL
THE MALAYSIAAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/464316
Langgan:
Catatan (Atom)