Rabu, 27 September 2023

BAHASA JATI DIRI


Fenomena guna bahasa asing usaha lupus Bahasa Melayu?

FENOMENA menggunakan bahasa asing khususnya dalam menamakan kawasan pembangunan baharu disifatkan satu usaha untuk melupuskan Bahasa Melayu.

Aktivis sosial dan penulis, Hishamuddin Rais berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung menghakis jati diri sebagai rakyat Malaysia kerana meremehkan bahasa ibunda sendiri.

“Perdana Menteri India, Narenda Modi menggunakan nama ‘Bharat’ berbanding India pada Sidang Kemuncak G20 sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mereka.

“Kita pula di sini sebagai contoh menggunakan nama Bangsar South, Kiara South. South itu daripada mana? Ukuran apa? Ini perkara yang harus ditimbulkan bahawa ini adalah nasionalisme keinginan yang merosakkan nama-nama kampung Melayu dan menafikan kesedaran Melayu.

“Kita perlu bagi kesedaran bahawa Bangsar South itu adalah Kampung Kerinchi, Kampung Pantai Dalam dan Kampung Abdullah Hukum. Tolak nama Bangsar South. Ini niat jahat untuk mengubah sejarah peradaban Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Tanggungjawab Bersama sempena Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023 di Hotel Le Quadri UCSI, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut sama dalam forum tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong,  Dr. Ruhanie Ahmad sebagai moderator manakala Penasihat Editorial Bebas News,  Zaini Hassan dan Penganalisis Politik, Kamarazaman Yaacob sebagai ahli panel.

Sementara itu, Hishamuddin mencadangkan kerajaan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan pusat bahasa di negara-negara yang mempunyai jumlah rakyat yang ramai bekerja di Malaysia.

“Pekerja-pekerja dari Bangladesh, Myanmar, atau dari mana sahaja, mereka seharusnya dilatih dahulu sebelum datang masuk menjadi pekerja di Malaysia.

“Kita harus wujudkan di Bangladesh sekolah mengajar Bahasa Melayu sebelum mereka datang menjadi pelayan, dan wajib mempunyai kelulusan. Ini peranan yang harus dilakukan oleh DBP atau Kerajaan yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Zaini menegaskan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu pada papan tanda di seluruh negara.

“Satu ketika dahulu, kita mempunyai polisi atau dasar tentang pengiklanan dan ini juga mempunyai kaitan dengan DBP yang mengawal selia iklan-iklan selain daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

“Namun, pada hari ini apabila kita melihat papan-papan tanda dan iklan-iklan di kedai sudah semakin bercelaru… dahulu kita mempunyai dasar,” katanya.


AWAS !

ADA RANCANGAN

JAHAT NAK

JADIKAN 

TANAH MELAYU

PROVINSI

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan