Parlimen perlu bincang keputusan lepaskan Zahid, kata AMK
PARLIMEN perlu mengadakan persidangan tergempar bagi membincangkan keputusan melepaskan Zahid dari tuduhan rasuah, kata pemimpin pemuda PKR.
Naib Ketua AMK Malaysia Tyra Hanim Razali menggesa demikian kerana mengesyaki keputusan Jabatan Peguam Negara tersebut bermotifkan politik.
“Untuk menjernihkan keadaan, AMK menggesa kerajaan mengadakan satu sesi Parlimen tergempar supaya (keputusan membebaskan Zahid) dibahaskan…” katanya.
Selain itu, Jabatan Peguam Negara perlu diberikan tempoh untuk menyiasat bagi melakukan pendakwaan semula dengan segera.
“(Pendakwaan dan siasatan) perlulah dilakukan dalam kadar serta merta jika sekalian pimpinan kerajaan perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti yang kelak akan menyukarkan lagi pentadbiran Malaysia Madani,” katanya. – 7 September, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan