Beras import naik harga, beras tempatan tak cukup
PETALING JAYA – Pemborong beras tidak menolak kemungkinan harga beras import akan mengalami kenaikan sehingga 36 peratus selari dengan pengumuman Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengenai penyelarasan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan.
Presiden Persatuan Pemborong-Pemborong Beras Semenanjung Malaysia, Chen Rui Fa berkata, operasi pemborong adalah berlainan mengikut kawasan dan kadar kenaikan juga adalah berbeza.
Beliau juga menggesa Bernas memastikan bekalan mencukupi selepas ini dengan penyelarasan harga yang diumumkan.
“Mereka perlu bertanggungjawab dengan membeli beras import tanpa mengira harganya dan seterusnya membekalkan kepada pemborong. Jika tidak, keadaan pasaran pasti akan kelam kabut.
“saya percaya pemborong dan pengguna tidak kisah kenaikan harga kerana yang lebih penting adalah bekalan yang mencukupi.
“Memandangkan Bernas merupakan satu-satunya pengimport maka jika ia tidak dapat menyediakan bekalan, maka bekalan akan terputus dan mereka perlu bertanggungjawab,” katanya kepada Sinchew Daily.
Bernas sebelum ini memberi penjelasan bahawa penyelarasan harga berpunca daripada perubahan iklim, faktor pertukaran mata wang, larangan eksport beras oleh India, kenaikan kos operasi dan konflik rantau.
Mengulas keadaan itu, Rui Fa percaya harga beras import masih berkemungkinan diturunkan semula pada masa depan terutamanya jika India menghentikan larangan eksport.
Beliau pada masa yang sama menggesa kerajaan mengkaji semula harga untuk Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) yang dikawal oleh kerajaan.
Katanya, kenaikan harga siling daripada RM26 untuk beras 10 kilogram kepada RM34 adalah munasabah.
“Harga RM26 telah dikekalkan selama kira-kira 15 tahun sedangkan kos baja, gaji dan kelengkapan telah meningkat. Harga 26 adalah ketinggalan zaman.
“RM26 adalah yang paling rendah dalam rantau ini dan impaknya tidak besar jika dinaikkan kepada RM34,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan, selain masalah kenaikan harga beras, negara juga menghadapi kekurangan SST5 sejak tiga bulan lalu.
Katanya, 50 peratus daripada beras di negara ini adalah beras tempatan, tetapi peruncit tidak terima bekalan tersebut. –
Apa susah kita ada banyak bijak pandai, ada bomoh kelapa boleh tukar minyak sawit jadi berat, air kotor jadi air bersih boleh minum air sungai sampai kenyang di Sungai Kelantan, ada REE berbillion boleh makan kenyang, tapi beras kena beli kah kah kah semua pandai tapi jarang pakai otak logik kah kah kah
BalasPadam