Jumaat, 15 September 2023

KERESAHAN BANI MELAYU


KERESAHAN 

BANI MELAYU


Hari ini ramai warga sedar bahawa politik Malaysia sesudah PRU15  masih terumbang ambing. Kita tidak  perlu pergi belajar ke Oxford Universiti atau ke  Havard  Universiti untuk membaca, melihat  dan memahami apa yang berlaku. 

Hari ini ramai warga  melihat negara tidak terurus dan semakin bercelaru walau pun telah hampir setahun kerajaan baru ditubuhkan.

Kerana ini ramai  warga, ramai menganalisa dan pemerhati politik memberi sebab itu dan sebab ini. 

Ada yang menuduh Anwar gagal. Kini Anwar  menjadi  seleberiti berjoget terpekik terlolong  ke sana sini.  Anwar tidak boleh buat kerja. Anwar tidak masuk pejabat dan fail kini membukit. Banyak jawatan GLC masih belum di isi.

Tidak cukup dengan  berita ini  timbul pula cerita apabila Anwar buka mulut dia berbohong. Semua janji jadi capati. Anwar  dicap sebagai kaki putar numero uno. 

Ada warga dan pemerhati politik yang memberi pandangan bahawa jemaah menteri kabinet Anwar tidak ada pengalaman dan  ada yang tidak cerdik. 

Justeru, kerana keadaan ini maka  yang paling resah gelisah ialah Bani Melayu. Tidak Bani China. Tidak Bani India.

Hakikatnya Bani Melayu makin gelisah.  Bani Melayu makin resah. Bani Melayu merasa tidak selesa. Perasan resah dan gelisah ini tidak difahami secara tuntas. Hanya  dirasakan.

 Resah gelisah  wujud tetapi  Bani Melayu secara ilmiah lagi  tuntas  mereka tidak tahu dari mana punca kegelisahan ini datang.

Virus yang mengganggu Bani Melayu ini  dari mana ? Dari bilik makmal mana bocornya virus yang  menjadikan Bani Melayu gelisah resah dalam  negara mereka sendiri?

Tulisan ini  cuba  memberi satu jalur  pandangan untuk mencari  sebab musabab yang mewujudkan kegelisahan Bani Melayu.

Sebenarnya sebab musabab  wujud kegelisahan Bani Melayu ini cukup jelas. Memahaminya tidak memerlukan ilmu  bedah otak. 

Bani Melayu gelisah resah kerana untuk pertama kalinya dalam sejarah moden  tamadun Tanah Melayu - Perdana Menteri yang di lantik bukan datang dari parti Melayu.

Najib Perdana Menteri walau  pencuri yang di masukan ke dalam penjara masih berasal dari  parti   Melayu – parti United Malaya National Organisation. Mahathir  ketika dilantik kali ke dua berasal dari Parti Melayu Bersatu. Begitu juga Muhyidin. Ismail Sabri pengganti Muhyidin juga dari parti Melayu   United Malaya National Organisation. 

Tetapi  Anwar bin  Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri   Ke 10 satelah PRU15 bukan dari parti Melayu. Anwar dipilih jadi PM bukan berasal  dari parti Melayu.

Anwar datang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti ini bukan parti Melayu. PKR klim parti berbilang bangsa bukan eksklusif parti Melayu. Ada India , ada China, ada Baba  dan ada Yang Lain dalam PKR
Jangan silap baca Anwar bin Ibrahim adalah Melayu. Hanya Anwar tidak memimpin parti Melayu.

Justeru kerana PM kali ini bukan dari parti Melayu maka semenjak selesai PRU15 kita lihat suasana politik Tanah Melayu semakin tidak stabil – porak peranda tunggang langgang.  Retak menunggu belah.

Tidak ada pula pemerhati  dan penganalisa politik  berkata  dengan sempoi ‘... Anwar bukan dari  parti Melayu... bukan dari UMNO... Bersatu... PAS... ini sebab orang   Melayu jadi huru hara ...gelisah...’

Bani Melayu keseluruhan kini melihat kuasa  politik Tanah Melayu telah terlepas dari tangan Melayu.  Hakikat ini  adalah hakikat empirikal lagi ilmiah. 

Malah amat jelas  dalam real politik jumlah  YB DAP  lebih ramai dari  YB  PKR. Dalam Parlimen DAP ada 42 kerusi. PKR hanya ada 31 kerusi.  Jumlah 42 lebih ramai dari 31.

Dalam sistem demokrasi mengundi dan  pungutan suara pastilah suara 42 YB DAP lebih kuat dari suara 31 YB PKR.

Tambah meresahkan lagi dalam  PKR sendiri masih ramai YB yang bukan Melayu.

Jeng jeng jeng sampai media sosial. Masuk Tik Tok.  Kempen PKR jadi kuda DAP bermula.

Justeru  kempen  Tik Tok yang menggambarkan    PKR ditunggang oleh DAP menusuk dan menggigit. Kempen naratif ini  dalam media sosial ini berjaya . Naratif DAP menunggang PKR  ini amat-amat  di yakini oleh Bani  Melayu.

Bani Melayu melihat kuasa politik kini telah masuk ke tangan parti DAP. Parti DAP ini walau pun klim sebagai parti berbilang bangsa  masih di lihat oleh Bani Melayu sebagai  parti Bani China.

Tidak semua Bani Melayu buta sejarah. 

Bani Melayu sedar  fakta  dimana sejarah DAP ini berasal usul dari Parti Peoples’s Action Party (PAP)  yang di kepalai oleh Lee Kuan Yew. Sosok Lee Kuan Yew ini dengan licik   berjaya mengambil pulau Singapura yang asalnya sebahagian dari Tanah Melayu untuk  dijadikan wilayah Bani China.

Dari suasana ini  muncul dua naratif induk dalam landskap politik Tanah Melayu hari ini. 

Pertama : Kuasa politik Melayu telah hilang dari  milik Bani Melayu.  Ke dua :  Parti PKR sedang di tunggang oleh DAP.

Untuk memperkukuhkan naratif  PKR jadi kuda tunggang ini dibuktikan bahawa PKR tidak memiliki sokongan Melayu. Bukan sahaja dalam PKR ramai YB bukan Melayu malah dalam  undi pilihan raya  juga YB Melayu hanya menang dengan undi Bani China a.k.a   undi China penyokong DAP.

PKR tidak mendapat sokongan Melayu ini bukan mitos politik. Bukan propaganda politik. Ini terbukti secara ilmiah bahawa sokongan Melayu terhadap PKR tidak melintasi 20%.

Kajian demi kajian. Pungutan suara demi pungutan suara telah dijalankan. Merdeka Center dan Ilham Center membuat kajian mendapati  Bani Melayu tidak menyokong PKR. 

Sekali lagi kita tidak perlu belajar politik di Oxford Universiti atau di Yale Universiti. Memadai kita rujuk keputusan PRN 6 Negeri  yang baru selesai untuk memahami sokongan Melayu terhadap PKR.

Rata-rata keputusan PRN 6 Negeri membuktikan  Bani Melayu tidak menyokong PKR. Negeri lubuk Melayu  -  Kedah, Terengganu dan Kelantan semuanya menyokong Bersatu atau Parti PAS.  

Malah di  Selangor di wilayah lubuk-lubuk  Melayu calon PKR , calon  Amanah atau calon United Malays  National Organisation semua bungkus.

Di Pulau Pinang lebih menakjubkan. Paling tertonggeng ialah 3 DUN di Permatang Pauh semuanya jatuh ke tangan Perikatan Nasional. Permatang Pauh adalah kubu kuat kampung asal Anwar Ibrahim. 

Permatang Pauh ialah kerusi tradisional anak beranak  Anwar. Ketika Anwar dalam penjara kerusi ini dimiliki oleh  isteri Anwar. Sesudah itu kerusi yang sama di duduki oleh anak Anwar.  Kali ini semua bungkus. Parlimen kalah dan 3 DUN lingkup.

Bukan sahaja Profesor dari Oxford akan tersenyum membaca kesah  Permatang Pauh ini  malah Profesor dari Sintuk juga akan akur bahawa Bani Melayu tidak lagi menyokong Anwar bin Ibrahim.

Kenapa Bani Melayu tidak menyokong PKR? Kenapa Bani Melayu tidak menyokong Anwar Ibrahim?

Apakah kerana Anwar dituduh meliwat  Saipol Bukhari ?  Kes liwat ini menjadikan  Bani Melayu tidak percaya kepada Anwar ?  Mungkin betul mungkin tidak.

Tapi apa yang jelas kempen media sosial yang menggambarkan Islam sedang terancam adalah sebab utama. Islam dihebohkan  sebagai  sedang digugat. 

Yang mengancam Islam , yang menggugat Islam pastilah parti DAP parti  milik Bani China. Malah DAP dituduh sebagai Parti Komunis yang anti agama dan anti Islam.

Malah Hadi pemimpin Parti Pas menganggap kerajaan Anwar Ibrahim ini sebagai kerajaan  luar tabii. Kerajaan yang di tunggang  oleh DAP yang anti Islam.

Ancaman terhadap Islam ini menjadi satu kempen yang berjaya. Bani Melayu     mendengar  Islam diancam ini dari kuliah-kuliah tidak resmi  di Masjid. Merak juga   melihat  dari apa yang berlaku di hadapan mata. Bani Melayu  merasa yakin akan  naratif Islam diancam.

Propaganda dan naratif  Islam Diancam  dari Tik Tok, dari YouTube  dari FB  dari Ustad YouTube inilah  yang menjadikan Perikatan Nasional  mendapat kemenangan besar dalam PRN 6 Negeri. 

Untuk mempertahankan Islam yang sedang terancam Perikatan Nasional dan para penyokong memiliki 4 bom nuklear.

 Empat bom nuklear ini ialah Liberal, Plural. Sekular dan LGBT. Bom-bom ini jika dilepaskan ke wilayah  PKR pasti akan memusnah dan menghancurkan saki baki  sokongan Bani Melayu kepada PKR.

Contoh terbaik bagaimana bom ini bergerak telah dibuktikan dalam PRN 6 Negeri yang lalu. 

Kiraan Undi Awal adalah bukti  ilmiah bahawa Bani Melayu tidak lagi menyokong  PKR. Justeru pengundi Melayu  percaya  Islam sedang  terancam.

Pengundi awal terdiri dari Pegawai Kerajaan, Polis dan Tentera. Mereka ini hampir 100% dari Bani Melayu. Mereka menjadi pengundi awal kerana bertugas dihari mengundi.

Bila kertas undi dibuka jelas dibuktikan hampir 80 % - 90 % pengundi awal telah menolak Pakatan. Pengundi awal telah  memberikan undi kepada Perikatan Nasional.

Pelik tetapi benar perkara ini belum pernah berlaku. Pegawai kerajaan, Polis dan Askar amat setia kepada kerajaan. Tapi kali ini secara terbuka  mereka telah termakan kempen Hadi yang mempropaganda kan  Islam sedang digugat. Kerajaan Anwar Ibrahim kerajaan di luar tabii. Kerajaan  campuran Pakatan-Barisan sedang ditunggang oleh DAP parti Komunis.

Jelas lagi terang Polis tidak tunjuk hormat dengan Menteri KDN. Jelas lagi terang Askar tidak tunjuk hormat pada Menteri Pertahanan. Jelas lagi terang Pegawai Kerajaan tidak ambil pot tentang habuan yang ditabur  oleh Anwar Ibrahim.

Apakah betul kerajaan Anwar di luar tabii ? Apakah betul Islam sedang diancam ? Apakah benar Islam tergugat oleh DAP ? Tunggu minggu hadapan Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/09/15/keresahan-orang-melayu
DAN
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/462170



2 ulasan:

  1. Kepala puki kau bom nuclear, Liwat. Hadi sendiri tulis buku bela Anwar dari Liwat rekaan Atok dan Khairuddin Abu Hassan, barua Atok. Buku Hadi adalah tajuk Qazaf Fitnah Liwat Mahathir terhadap Anwar. Kau kaki Carlsberg, Ezy dan Tak Tak ada masa ke untuk Bani Melayu?

    BalasPadam
  2. Siapa yg pecah Melayu? Madeey

    BalasPadam