Khamis, 7 September 2023

LEPAS ZAHID ROSMAH PULAK



Mahkamah Tinggi tetapkan 13 Disember dengar permohonan Rosmah batal tuduhan


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Disember ini untuk mendengar permohonan Rosmah Mansor untuk membatalkan 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan pengelakan cukai melibatkan lebih RM7 juta yang dikemukakan terhadapnya.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan berkata pertuduhan itu cacat dan dia harus dibebaskan serta dilepaskan.

Rosmah mendakwa tiada perintah, arahan atau permintaan yang menunjukkan jumlah dalam caj tersebut tertakluk kepada pembayaran cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

“Pada masa material, Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menyerahkan kepada saya sebarang taksiran, permintaan dan tuntutan seperti diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tersebut yang menjadikan jumlah itu boleh dikenakan bayaran,” katanya.

Dakwa Rosmah, hanya Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang mempunyai hak untuk menentukan sekiranya jumlah tersebut adalah tertakluk kepada pembayaran cukai dan bukannya mahkamah.

“Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan tersebut (iaitu sama ada jumlah tersebut perlu pembayaran cukai) maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang merupakan satu badan diberi kuasa melalui undang-undang bertulis.

“Saya mempunyai hak substantif dan hak perlembagaan untuk dilayan secara saksama dan mempunyai hak perundangan substantif di bawah Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap apa-apa taksiran dilakukan pihak LHDN yang jelas dinafikan kepada saya dalam kes ini,” katanya. 

Semasa pengurusan kes hari ini Hakim K Muniandy menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan yang difailkan semalam.

Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Ini perbicaraan kedua Rosmah.

Tahun lepas Mahkamah Tinggi pada 1 September mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM1.25 bilion berhubung projek solar hibrid untuk membekalkan elektrik untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang akan diselesaikan secara serentak yang bermakna hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Dia juga didenda RM970 juta jika gagal dipenjara 30 tahun tetapi hukumannya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. – 7 September, 2023.

WOIT

SATU LAGI

TEKANAN UNTUK

ANWAR

AMIN

JIKA ZAHID

BOLEH BEBAS 

MAKA ROSMAH

JUGA BOLEH BEBAS

KAH KAH KAH

LEPAS ROSMAH

NAJIB PULAK

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. toce toce .... i love losmah

    BalasPadam
  2. Bilo piem nk bolagak suci..
    Org lain amik koso tu kasi kautim..
    Tu la nk jd baik bona..
    Poei simpan lantikan musuh nilah jadinyo..
    Dopan angguk²..
    Blakang kautim..
    Sapo yg kono main dopan blakang skrg ni..
    KAH KAH KAH

    BalasPadam