Rabu, 13 September 2023

MAKAN IKAN DARAT - MAKANAN KOLAM


Isu pelepasan sisa air Fukushima punca jualan makanan laut merosot


PENGGUNA di Lembah Klang takut dengan posting negatif di media sosial berkenaan tindakan Jepun melepaskan air dari loji nuklear Fukushima dan kemunculan alga merah jambu di Pulau Pinang, menyebabkan mereka mengelak makan makanan laut, sekali gus menjadikan jualannya merudum 10% di pasar borong Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur Sing Kian Hock berkata maklumat salah disalurkan di media sosial berkenaan isu itu.

Katanya, pasar tidak menjual makanan laut dari Jepun.

Saintis juga mengesahkan “air pasang merah” di Pulau Pinang tidak toksik dan tidak akan membunuh hidupan laut yang terkena alga itu.

“Kiriman posting seperti itu, mengaitkannya dengan apa yang berlaku di Jepun dan Pulau Pinang, menyebabkan jualan di pasar borong Kuala Lumpur menurun minggu lalu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pengguna begitu mudah menerima apa yang dibaca di media sosial.

“Makanan laut import dari Jepun seperti ketam besar atau kekapis, biasanya diimport terus oleh restoran Jepun di negara ini.

“Kami tidak menjualnya di pasar di sini,” katanya.

Sing turut mengecam Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang atas keengganan kerajaan menyatakan asal produk ikan dan makanan laut yang diimport.

Katanya, dengan menyatakan dari mana makanan laut itu diimport, ia dapat mengurangkan kebimbangan pengguna.

“Makanan laut dari Jepun, China, India dan Myanmar sepatutnya dilabelkan supaya pengguna yang bimbang dapat diberikan alternatif makanan laut dari negara lain.

“Makanan laut tempatan tiada masalah. Ia selamat untuk dimakan.”

Bagi membalas maklumat salah di media sosial, Sing berkata persatuan itu akan melakukan program mendidik pengguna berkenaan apa yang berlaku di Jepun dan Pulau Pinang.

Pada 29 Ogos, ribuan ikan ditemui mati di Teluk Bahang di Pulau Pinang, hingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Difahamkan antara hidupan laut yang mati adalah ikan kerapu, pari, sembilang, kembung, ketam, ikan selar dan kerisi.

Timbalan Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) di Universiti Malaya Annette Jaya Ram dilaporkan berkata kekerapan perubahan cuaca menyebabkan berlakunya bunga alga merah jambu.

Katanya, alga itu tidak toksik, tetapi ikan tidak suka bau ammonia yang kuat, jadi ikan akan berenang lebih darat untuk elak alga itu. – 13 September, 2023.

WOIT

TAK PERLU RISAU

DAN SUSAH HATI

AMIN

TOLAK MAKANAN

LAUT

AMIN

GANTI  DENGAN

IKAN SUNGAI

UDANG KOLAM

TALIPIA & PATIN

KOLAM

AMIN

MAKAN SAYUR

DAL PETAI JERING

TAK PELRU RISAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan