Khamis, 28 September 2023

MALAPETAKA CUACA


4 kawasan rekod bacaan kualiti udara ‘tidak sihat’

EMPAT kawasan di Malaysia, tiga daripadanya di Sarawak, merekodkan tahap kualiti udara “tidak sihat” setakat jam 3 petang tadi.

Jabatan Alam Sekitar melaporkan kawasan berkenaan adalah Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Johan Setia di Selangor turut menyaksikan kemerosotan kualiti udara.

Laman web jerebu serantau JAS menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (API) untuk Samarahan yang terletak 17km dari Kuching adalah 152; Serian terletak 36km dari Kuching pula adalah 158 manakala Sri Aman yang terletak 126km dari Kuching melaporkan 113 API.

Bacaan API untuk Johan Setia adalah 159.

Bacaan API bermula 0 hingga 50 dianggap “baik”, 51-100 “sederhana”, 100-120 “tidak sihat”, 201-300 “sangat tidak sihat” dan 300 ke atas sebagai “merbahaya”.

Kualiti udara di Kuching juga semakin menghampiri bacaan tidak sihat. API di kawasan itu pada jam 2pm adalah 96 dan pada 3 pm meningkat kepada 97.

Hanya tiga kawasan di Malaysia merekodkan kualiti udara “baik” iaitu 32 di Langkawi, Kedah; Kangar, Perlis (43) dan Kimanis di Sabah (39).

Kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan “sederhana”. – 28 September, 2023.



MALAPETAKA

CUACA

AMIN

EL NINO

DAH SAMPAI

AMIN

JEREBU DI SANA

DI SINI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan