Jumaat, 22 September 2023

PERJUANGAN NELAYAN & PEKEBUN KECIL


Putrajaya perlu tangani isu pekebun kecil, nelayan, kata NGO

PUTRAJAYA mesti melihat kebajikan pekebun kecil, memastikan keselamatan makanan dan hak tanah mereka, yang telah menjadi isu, kata kumpulan masyarakat sivil Lawan Lapar.

Kumpulan yang bermula pada Disember 2022 itu bertujuan mempertahankan hak komuniti pengeluar makanan di negara ini seperti petani dan nelayan yang melakukan pengeluaran secara kecil-kecilan.

Mereka juga prihatin dengan nasib petani yang didakwa dihalau dari tanah mereka di Perak.

Pengasas bersama Lawan Lapar, Ian Yee dan Tharma Pillai berkata, jika kerajaan ingin memastikan jaminan bekalan makanan, maka mereka perlu meningkatkan produktiviti pertanian kerana usaha itu mesti bermula daripada pekebun dan nelayan kecil.

Tharma berkata ini adalah isu yang sangat penting yang memerlukan perhatian Parlimen dan penggubal undang-undang.

“Pertanian dan pengeluaran makanan perlu menjadi industri utama yang mesti dilindungi dan banyak dilaburkan.

“Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat persekutuan mengenai penetapan undang-undang, infrastruktur dan penyelarasan dengan kerajaan negeri.

“Jika kita tidak mempertahankan hak petani dan nelayan, bagaimana mereka akan menghasilkan pengeluaran makanan jangka panjang yang mampan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 12 September lepas, petani Perak, Lawan Lapar dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) berarak dari Tugu Negara ke Parlimen untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamed Sabu dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri. Memorandum itu turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Tharma yang juga pengasas bersama Undi18 berkata apa yang mereka cadangkan dalam memorandum itu adalah untuk mempunyai lebih banyak tanah pertanian kekal untuk tanaman makanan.

“Kita mempunyai begitu banyak tanah untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan lain-lain ladang penggunaan komersial yang tinggi, tetapi peratusan tanah yang sedikit untuk tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan lain-lain.

“Kini ada peluang untuk melihat krisis makanan dan pembaharuan jangka panjang dalam RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12).

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah ini dan mengubah mekanisme dan sistem.”

Isu lain yang diketengahkan dalam memorandum itu adalah untuk kerajaan melaksanakan sistem baharu dan mengembangkan sistem semasa mewartakan tanah pengeluar makanan kekal.

Ini, kata mereka, adalah untuk memastikan sektor pertanian di Malaysia akan memiliki stok kekal tanah pertanian yang seterusnya memastikan keselamatan makanan Malaysia.

“Sistem sedemikian mesti dilaksanakan melalui pengambilan tanah negeri oleh kerajaan persekutuan.”

Lawan Lapar turut menggesa kerajaan memperbaharui undang-undang tanah sedia ada, khususnya memanjangkan tempoh maksimum lesen pendudukan sementara (TOL) daripada satu kepada lima tahun.– 22 September, 2023.

KUATKAN

PERSATUAN

AMIN

JIKA TAKDA

TUBUH PERSATUAN

AMIN

KUMPUL TENAGA

KUMPUL SUARA

AMIN

SUSUN BARIS

BANGUN BERJUANG

AMIN

INGAT PENANAM

GETAH DI BALING

DEMO 1974

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan