Rabu, 13 September 2023

POLIS BANTU BERI IKLAN


Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia diteruskan, kata penganjur


HIMPUNAN “Gerakan Selamatkan Malaysia” akan diteruskan Sabtu ini walaupun diberi amaran daripada polis, kata Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Pemuda Bersatu itu bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight rundingan masih berlangsung antara penganjur, Perikatan Nasional dan polis.

“Ya ia diteruskan tetapi kami masih bercakap dengan polis,” kata ahli Parlimen itu.

Badrul juga dikenali sebagai CheguBard memberi jaminan perhimpunan itu akan bermula dan berakhir secara aman sebelum membuat rayuan kepada semua pihak termasuk PKR untuk menyertai bantahan itu.

“Sukarelawan kami bersedia untuk memastikan semuanya akan bermula dan berakhir dengan aman,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini memberi amaran mana-mana pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 16 September mesti mematuhi undang-undang termasuk mengemukakan permohonan permit terlebih dahulu.

Perhimpunan itu adalah tanda protes terhadap pembebasan  Zahid  yang dilepaskan tanpa dibebaskan dalam kes rasuahnya.

Pada 4 September lalu Zahid yang juga presiden Umno diberikan DNAA oleh Mahkamah Tinggi atas 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik yayasan amalnya Yayasan Akalbudi.

Badrul berkata mereka juga menjemput PKR, DAP dan juga Muda untuk mengambil bahagian kerana terdapat mereka dalam gabungan itu yang tidak berpuas hati dengan pembebasan berkenaan.

Perhimpunan itu akan diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang 16 September.

Sementara itu Setiausaha Agung Muda Amir Abdul Hadi berkata pihaknya tidak akan mengambil bahagian dalam protes itu walaupun berkongsi pendirian yang sama dengan PN.

Beliau berkata Muda komited untuk bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk dengan pertubuhan hak sivil yang lain.

“Kami tidak akan mengadakan protes, Muda komited kepada PSM dan hak sivil lain.

“Kami sudah pun menyerahkan memorandum kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kami akan beri mereka tempoh lima hari untuk menjawab dan jika tiada maklum balas, kami akan mengadakan kempen berbeza yang akan diumumkan kemudian,” katanya. – 12 September, 2023.


WOIT

POLIS TOLONG

BERI IKLAN

KAH KAH KAH

NIAT POLIS NAK

BERI TAKUT

KAH KAH KAH

TAPI SEBENARNYA

BERI IKLAN UNTUK

LEBIH RAMAI

RAKYAT TAHU

TENTANG DEMO

AMIN

YANG TAK TAHU

JADI TAHU & AKAN

TURUN BERDEMO

AMIN 

TERIMA KASIH

 ABANG POLIS

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan